Kedai Bebas Cukai Tasik Kenyir, Terengganu Mula Beroperasi Hari Ini

Operasi Zon Bebas Cukai  Tasik Kenyir akan mulai dibuka hari ini.

 

 

 

Antara barang-barang yang bakal dijual termasuklah coklat Daim, Kit Kat, dan pinggan mangkuk seperti Corelle dan Vantage.

Orang ramai khusus penduduk sekitar Pantai Timur tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke Langkawi  kerana mulai hari ini kedai bebas cukai di Tasik Kenyir mula beroperasi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebelum ini berkata, pusat bebas cukai tersebut yang pernah diumumkan beroperasi selewat-lewatnya tahun lalu mengalami kelewatan sebanyak 15 peratus berikutan beberapa faktor termasuk cuaca.

Menurutnya, hujan lebat dan paras kenaikan air secara melampau dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini menyukarkan kerja-kerja pembangunan.

“Pada bulan Julai ini, Insya-ALLAH kita akan memulakan operasi pulau bebas cukai di Tasik Kenyir kerana dari segi kuarters, pejabat kastam serta dari segi urusan pentadbiran sudah selesai,” katanya.

Ahmad Razif berkata, pusat kajian dan galeri turut dicadang ditempatkan di Santuari Kelah di Tasik Kenyir, bagi memberi lebih banyak aktiviti kepada pelancong yang datang ke lokasi pelancongan tersebut.

Pihaknya melihat pusat kajian dan galeri mempunyai potensi tinggi bagi mempelbagaikan aspek pelancongan dan pihaknya ketika ini di peringkat perbincangan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke arah mewujudkan pusat kajian dan galeri tersebut.

“Mungkin lepas ini pelancong yang tidak mahu ke santuari kelah boleh berada di galeri untuk melihat aktiviti yang berkait santuari kelah,” katanya.

Ahmad Razif turut melahirkan keyakinan dengan potensi pelancongan di Tasik Kenyir apabila berlaku peningkatan sebanyak 281,732 pelancong berdasarkan statistik kedatangan pelancongan pada 2010 berbanding tahun lepas.

Jelasnya, seramai 225,570 pelancong berkunjung ke Tasik Kenyir pada 2010 manakala tahun lalu berjumlah 507,502 orang.

“Insya-ALLAH, kena beri masa kepada kita dan kita sedang memastikan bahawa agenda menjadikan Tasik Kenyir salah satu lagi hab pelancongan negeri dan negara kita akan dapat kita laksanakan,” katanya.

Kerajaan negeri juga katanya, akan mengkaji semula konsep lepas bebas yang dilaksanakan di Tasik Kenyir kepada konsep haiwan jinak dalam kurungan berikutan beberapa masalah timbul melibatkan haiwan pemangsa seperti ular dan burung helang.

Sementara itu beliau berkata, terdapat lima taman di Tasik Kenyir yang boleh dilawati pengunjung antaranya Taman Tropika yang diurus Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) bagi tujuan penyelidikan tumbuh-tumbuhan tropika.

Manakala empat yang lain adalah Taman Rama-Rama, Taman Herba dan Taman Orkid manakala Taman Burung ditutup buat sementara waktu bagi kerja membaik pulih dan menaik taraf.

“Taman Herba mengalami kerosakan yang teruk akibat fenomena banjir besar dan sekarang ini kita sedang dalam proses membaik pulih kerosakan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.