Semua Rakyat Terengganu Berpeluang Miliki Tanah – MB

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos – Ke­rajaan Terengganu mengumumkan satu lagi khabar gembira buat rakyat Terengganu berusia 41 tahun ke atas apabila mereka juga layak memohon bagi memiliki tanah di bawah Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang mula diiklankan mulai hari ini.

AHMAD RAZIF

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selepas diputuskan dalam me­syua­rat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini.

Beliau berkata, pada masa sama, kerajaan negeri bersetuju mengagihkan sama rata tanah itu iaitu 50 peratus bagi pemohon yang berumur 41 tahun ke atas dan 50 peratus lagi untuk yang berusia 21 tahun ke atas.

Menurutnya, se­be­lum ini, kerajaan negeri hanya bersetuju memberi peluang kepada rakyat Terengganu yang ber­umur 21 tahun hingga 40 tahun memiliki tanah lot untuk kediaman.

“Jadi, hari ini saya nak umumkan satu lagi berita baik bahawa mesyuarat Exco kerajaan negeri yang berlangsung sebentar tadi (kelmarin) memutuskan mereka yang ber­usia 41 tahun ke atas juga layak mohon tanah RTB ini.

“Sebelum ini kita tetapkan hanya mereka yang berumur 21 tahun hingga 40 tahun, tapi hari ini kita akan agihkan 50 peratus untuk yang berumur 21 tahun ke atas dan 50 peratus untuk mereka yang berusia 41 tahun ke atas tanpa had umur.

“Maknanya, semua rakyat (Terengganu) akan dapat ta­nah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim Khas RTB Tapak Rumah 2017 Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, barisan Exco kerajaan negeri serta Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu, Jahani Ismail.

Ahmad Razif ber­kata, setakat ini sebanyak 5,939 lot ta­nah akan diagihkan kepada pemohon yang layak dan jumlah itu dijangka bertambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan rakyat agar berpeluang memiliki tanah untuk kediaman.

Bagaimanapun jelasnya, se­­tiap permohonan bergantung kepada syarat ditetapkan antaranya rakyat Terengganu, berkahwin dan pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah, berdaftar sebagai pemilih di Terengganu serta masih belum memiliki ta­nah dan rumah mampu milik.

Jelasnya, kesemua 5,939 lot tanah itu meliputi 109 lot di daerah Kuala Terengganu, Kemaman (928 lot), Dungun (1,332 lot), Besut (69 lot), Hulu Terengganu (34 lot), Marang (71 lot), Setiu (3,362 lot) dan Kuala Nerus (34 lot).

Permohonan dibuka menerusi laman web http://tanahrtb.terengganu.gov.my dan diiklankan melalui laman web rasmi Pentadbiran Tanah Terengganu http://pttrg.terengganu.gov.my. Permohonan yang layak akan dipanggil untuk temuduga oleh pejabat tanah. – Utusan

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: