Lelaki berhati baik ini membeli penyu laut yang dijual di pasar sebelum membebaskan mereka ke laut lepas

Semua spesis penyu laut dalam bahaya dan di ambang kepupusan akibat perbuatan orang tidak bertanggungjawab. Penyu laut yang ditangkap kemudiannya dijual di pasar tempatan dan dibunuh untuk daging, kulit, telur dan cangkerang mereka.

Jadi apabila Aaron Culling dan rakannya, Mark menjumpai sepasang penyu laut yang dijual di pasar di Papua New Guinea, mereka pun segera membeli haiwan tersebut.

Tetapi, mereka tidak membawanya pulang untuk kepentingan mereka. Aaron telah memandu 5 kilometer menuju ke pantai sebelum membebaskan penyu-penyu laut tersebut ke laut lepas.

Di laman Facebooknya, Aaron menulis, dia telah menemui penyu itu di pasar sebelum membebaskan mereka ke laut. Setakat ini, Aaron telah berjaya menyelamatkan 10 ekor penyu laut.

Penyu laut merupakan spesis terancam yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Mereka sering bermigrasi dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan dalam ekosistem marin.

Jadi, kita sebagai manusia harus menjaga ia dengan sebaik mungkin dan mengetatkan kawalan undang-undang terhadap penangkapan secara haram haiwan ini.

Mujurlah ada individu prihatin seperti Aaron dan Mark. Syabas kerana menunjukkan keprihatinan terhadap haiwan terancam ini.-Era Baru

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s