Merata-Rata di Tumpat, Kelantan tertulis: “Bakpo gak payoh sangat nok tohok sampah dale tong?”

MAJLIS Daerah Tumpat (MDT) menggunakan ayat sindiran bagi menegur penduduk yang tidak mengendahkan amaran tidak membuang sampah.


Menggunakan loghat Kelantan, sepanduk yang menular di media sosial antaranya “bakpo gak payoh sangat nok tohok sampah dale tong?” (Kenapa susah sangat nak buang dalam tong?)

Yang Dipertuanya berkata MDT terpaksa berbuat demikian berikutan cara formal tidak diendah sekaligus ia membolehkan mereka menilai “perangai” sendiri.

“Sindiran begitu juga bukan untuk menyelar penduduk atau merendah-rendahkan mereka, sebaliknya untuk mereka berfikir,” kata Rosnazli Amin.

Beliau berkata, banyak sepanduk seumpama itu dipasang di kawasan tong sampah di sekitar daerah itu selain lokasi tumpuan ramai.

“Alhamdulillah, selepas sepanduk itu dipasang dua bulan lalu, sudah ada perubahan dan penduduk lebih peka untuk membuang sampah dengan betul,” katanya.

Penduduk, Mohd Redzuan Idris, 31, mengakui kata-kata sindiran sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada mereka.-Projek MMO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s