Fasha Sandha Bercinta Dengan Jutawan Muda Kelate

SEJAK akhir-akhir ini heboh mengatakan pelakon Fasha Sandha sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pemuda bernama Mukhlis atau turut dikenali sebagai ‘Ustaz Rock’

Enggan membiarkan peminat terus tertanya-tanya, Fasha, 33, tidak terus berdiam diri dan tampil memberi kenyataan.

“Terima kasih kerana mendoakan yang terbaik untuk saya dan Ustaz Rock. Cuma buat masa ini apa yang boleh saya katakan, saya dan dia tiada hubungan istimewa, hanya berkawan.

“Terus-terang saya katakan saya belum mahu buka pintu hati untuk ke fasa bercinta kerana saya enjoy dengan kehidupan sekarang.

“Kesian lelaki kalau terima cinta saya sebab saya terlalu sibuk dan tak lama lagi akan berlakon menerusi drama 70 episod,” katanya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/09/fasha-ustaz-rock/~/media/675d6220e92b44e58bc500be6e45a138.ashx?la=en

Fasha memberi peluang untuk peminat-peminatnya bertanyakan soalan di LIVE Instagramnya pada Selasa.

Fasha berkongsi kenyataan tersebut menerusi video Instagram Live pada Selasa sambil membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan apa sahaja soalan kepadanya.

Seperti dijangka, peluang tersebut tidak dilepaskan peminat untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai hubungannya bersama ‘Ustaz Rock’ atau nama sebenarnya Ahmad Mukhlis Mohd Rosdi.

Antaranya ada peminat bertanya, adakah ustaz berkenaan yang dimaksudkan pernah menyatakan perasaan rindu itu?

Fasha tidak menafikan perkara itu tetapi di pihaknya tidak pernah membalas rasa rindu tersebut.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/09/fasha-ustaz-rock/~/media/f32454d149604586a263fdde8c195bfc.ashx?la=en&h=549&w=887

Gambar dimuatnaik Fasha bersama Mukhlis dengan #mrimissesu di laman Instagramnya mendapat perhatian netizen.

“Saya terima perasaan rindu sebagai seorang sahabat sahaja. Saya suka bersahabat kerana ianya lebih kekal,” ujarnya sambil memaklumkan persahabatannya bersama Murshid berlangsung selama sembilan tahun tanpa pergaduhan.

Manakala mengenai hastag #mrimissesu, kata Fasha ia adalah hashtag untuk perkahwinan rakan artisnya, Ummi Nazeera dan tiada kena mengena dengan dirinya mahupun ustaz itu.

Fasha juga turut menjelaskan kenapa dia membawa Mukhlis ke majlis resepsi persandingan pelakon Ummi Nazeera pada Sabtu lalu.

“Selalunya saya bersama sahabat yang juga pengurus saya Murshid, tetapi untuk majlis tersebut dia tak dapat ikut. Jadi saya ajaklah Mukhlis teman. Tak sangka pula ramai yang beri perhatian,” katanya.

Tambah Fasha, dia memberi peluang peminat untuk bertanya menerusi live video tersebut kerana tidak mahu orang ramai tersalah anggap.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/09/fasha-ustaz-rock/~/media/96b8e9852d6145cda1da5d68bb2e743e.ashx?la=en

Kata Fasha, buat waktu sekarang hatinya belum terbuka untuk ke fasa bercinta.

Katanya, hubungan sebagai kawan dan sahabat akan lebih kekal selain mengambil kata-kata nasihat daripada peminat-peminatnya agar memberi masa untuk diri dia bersama anak-anak dan insan-insan yang menyokong kerjaya seninya selama ini.

“Peminat pun larang saya berkahwin dalam waktu terdekat ini kerana kata mereka, kalau saya kahwin masa saya bersama mereka akan lebih terhad apatah lagi pada 21 Ogos depan, saya dan peminat akan ke Bali untuk bercuti bersama,” akhiri Fasha.

mStar Online cuba menghubungi Mukhlis bagi mengulas mengenai hal ini, namun sehingga kini masih belum menerima jawapan daripada pihaknya.

Mukhlis digelar Ustaz Rock kerana aktif mengajak orang ramai mengaji secara langsung di Instagram dan beliau juga merupakan duta kepada mengaji.com dan pengasas sebuah produk pemakanan dan kencantikan.

Mukhlis berasal dari Kota Bharu, Kelantan, berusia 26 tahun dan merupakan pelajar lulusan Ijazah dalam Pengurusan Pembinaan dari Universiti Limkokwing.

Terbaharu, foto Mukhlis bersama beberapa kereta mewah menjadi tular dan netizen mula mengaitkan jutawan muda ini berkemungkinan kekasih Fasha Sandha.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/09/fasha-ustaz-rock/~/media/93b7adc5f6ea4c62a889f4ac3f983fcf.ashx?la=en

Mukhlis bersama salah sebuah kereta berjenama mewah yang kerap dikongsi di Instagram miliknya. -mStar
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s