Najib Akui PAS Amal Politik Matang

MACHANG: Datuk Seri Najib Razak menganggap PAS mengamalkan politik matang yang konstruktif dalam hal membabitkan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata, walaupun UMNO dan PAS berbeza pendapat tetapi parti itu tidak menyerang semberono kerana mengamalkan prinsip tabbayun.

“Konsep tabbayun itu bermaksud menyelidik dahulu sesuatu berita dengan teliti sebelum membuat keputusan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri hadir di Majlis PM Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, serta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Najib berkata, dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), PAS memahami dan berpuas hati selepas penjelasan dibuat.

“Selepas mendengar penjelasan, barulah PAS membuat kesimpulan dan mahu memberi peluang pada 1MDB untuk melakukan pelan rasionalisasi,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, Barisan Nasional (BN) boleh menang dalam Pilihan Raya Umum jika ahlinya mengamalkan tiga prinsip iaitu mempunyai roh perjuangan; kepemimpinan satu saf dan sifat wala (setia) kepemimpinan.

“Insya-Allah, jika kita mengamalkan tiga prinsip ini, PRU14 ini milik kita,” katanya.- BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s