Syarikat Gergasi Media Malaysia, Media Prima Rugi RM136 Juta


MEDIA Prima Bhd mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM135.6 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2017 berbanding keuntungan sebelum cukai berjumlah RM29.84 juta pada tempoh sama, tahun lepas.

Perolehannya turut merosot kepada RM328.77 juta daripada RM349.55 juta sebelum ini berikutan perubahan tingkah laku pengguna dan inovasi digital yang menjejaskan industri media secara menyeluruh.

“Walaupun kumpulan ini telah menceburi inisiatif perniagaan berasaskan pengguna dan digital baharu, ia masih lagi dalam peringkat awal,” kata kumpulan media bersepadu itu kepada Bursa Malaysia dalam satu makluman, hari ini.

Mengulas prospeknya, Media Prima  berkata ia komited kepada usaha transformasi bagi mempertahankan sumber pendapatan tradisionalnya dan membangunkan sumber baharu termasuk beberapa bidang utama seperti peneraju pasaran dalam penyiaran, kandungan (penyiaran) ‘over-the-top’ dan penerbitan digital.

“Kumpulan ini turut menumpukan usaha meningkatkan perolehan dagangan menerusi penyepaduan media dan mengembangkannya ke luar Malaysia.

“Pengurusan kos secara berterusan dengan memaksimumkan rantaian nilai sedia ada dan usaha meningkatkan produktiviti serta kecekapan, terus kekal menjadi keutamaan. Ini seiring amalan kewangan dan pengurusan risiko secara berhemat,” katanya. — Bernama, 14 Ogos 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.