Baca, Tulis

I. Bacaan apa awak nak baca?

II. Dan jika awak nak menulis, tulisan macam mana pula awak nak tulis…?

Pernah tak dua pertanyaan di atas itu muncul? Lalu mengepung hidup anda? Walaupun tidaklah sampai mengganggu, maksud saya dalam harian hidup anda.

Yang pertama, bahan bacaan sangat-sangatlah banyak dalam tamadun hidup manusia. Bermula sejak dari manusia berjaya menggubah perkataaan dan simbol, yang mana bila manusia lain melihat himpunan perkataan dan simbol tadi mereka pun dapat memahami apa yang ingin dibagi tahu oleh si penulis perkataan dan simbol.

Jika seorang itu mahu membaca apa saja, maksudnya setiap benda yang terhidang di depan matanya, diri dia mungkin boleh dianggap seorang yang tidak ada taste. Dan bahan bacaan yang dibacanya itu mungkin terhad kepada apa yang cuma terhidang di depannya saja / yang segera. Sampel yang terbaik ialah bahan bacaan yang memenuhi di media sosial.

Adakah pertanyaan pertama di atas relevan dalam konteks membaca apa saja yang terhidang? Jawapannya mungkin tak. Kerana diri dia tidak buat pun apa-apa pilihan sebelum membaca. Jadi yang membuat pilihan terlebih dahulu sebelum membaca – pertanyaan tadi relevan.

Jadi, bahan bacaan apa yang awak nak baca? Masing-masing ada taste masing-masing, jadi jawapannya boleh jadi apa saja, yang terpulang pada taste kita.

Perkara kedua, jika awak nak menulis, tulisan apa yang awak nak tulis?

Mungkin kaitan dengan taste dari pertanyaan pertama akan memudahkan pilihan untuk membuat perkara kedua, iaitu tulisan apa yang nak ditulis. Tidaklah maksudnya menulis semula apa yang sudah ditulis (dari bahan bacaan yang suka dibaca tadi).

Ia berkait erat dengan jenis tulisan yang suka dibaca. Taste kita. Jadi bila menulis sesuatu yang selari dengan apa yang suka dibaca, ia mungkin boleh mensepadukan hidup kita.

“Apa yang kita suka, itulah juga apa yang kita teroka dalam amalinya. Menulis.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s