Tudung Bawal Eksklusif RM4,300

Jika sebelum ini jenama ini pernah viral kerana menjual tudung berharga hampir RM5,000, kini nama mereka mengalih perhatian netizen sekali lagi apabila menjual tudung yang berharga RM4,300. Bawal Exclusive sememangnya terkenal dengan tudung bawal bertakhtakan batu kristal Swarovski. Biarpun mahal, Bawal Exclusive juga dikenali kerana kualitinya dan ciptaan anak tempatan.

Baru-baru ini menerusi satu status mereka di Facebook berkenaan tudung bawal berharga RM4,300, ia telah menarik perhatian netizen sehingga mencecah ribuan perkongsian di Facebook. Apa pendapat anda? Seperti kata admin Facebook tersebut, mahal pada kita murah pada orang lain.  Kalau mampu, apa salahnya. Kalau tak mampu, marilah kita tengok sahaja.

Menerusi Respon netizen di Facebook Bawal Exclusive:

Mis Nida: Ape keistimewaan dan kelebihan die selain menutup kepala?adakah kalis air?kalis kedut?

Encik Mie: Mempunyai unsur2 tanah api air angin..boleh berubah mengikut keadaan cuaca dan saiz si pemakai..tudung ini juga boleh kembang menjadi tudung telekung dan boleh mengecut menjadi snowcap..bukan calang2..ada satu suis di dalam yang membolehkan si pemakai memancarkan LED pada waktu malam..dilengkapi dengan sistem gps (untuk model tertentu sahaja)..tudung ini juga dilengkapi dengan sistem anti-theft..pemakai boleh menggunakan peranti android ataupun ios.

Muhamad Hafiz: Member cakap . Member la cakap , kalau pakai tudung ni tak boleh mati ,kepala terhantuk kat pisau pon tak tembus . Satu lagi Malaikat maut tak berani nak cabut nyawa . Sebab tudung ni ada kelebihan dia . Member la cakap . Tolong kecam dia

Muhammad Tajuddin: tudung ni iktiraf SIRIM, Suruhanjaya Tenaga, kain jenama 3M boleh buat fire blanket, stress test kain ni boleh tahan 8 tan kalau ditarik hujung ke hujung, in case motor atau kereta brake xmkn boleh gunakan sbagai payung terjun untuk kurangkan kelajuan kenderaan

Tudung Bawal Berharga RM4,300 Jadi Bahan Jenaka Netizen © Provided by Astro Digital Publications Sdn Bhd Tudung Bawal Berharga RM4,300 Jadi Bahan Jenaka Netizen

Nazreen Radhi: ade mini aircond jenama daikin dalam tudung n boleh gadai kalau terdesak sebab berat 1 gram same dengan emas 916

Idah Manaf: Sya pon peminat bawal exclusive tp hanye mmpu yg rm100 kebawah aje. Pd pndpt sy, baik sy melabur beli emas kalo dh rege beratus n beribu. Skurang2 nye blh gadai kalo terdesak

Qurratu Ain: Tudung nie Ada warranty Tak Klu Batu trcabut??? Mahai kot hp pown Ada warranty setaun cmna nk Kira tu

Farez Crown: Tumpang tanya ,tudung nie kalis api neraka ke ?? Kalau benar kalis api neraka saya berminat nie ,walaupon saya lelaki saya sangup bertudung ..

Sumber: Rojakdaily

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s