MEMAKNAI QURAN, SOLAT DAN IBADAH QURBAN

Pemaknaan Quran, Solat dan Ibadat Korban

Oleh Mohd Bakri Mohamed Arif

Kitab Al Quran sebagaimana dimaklumi merupakan rahmat terbesar Allah swt kpd kita umat manusia. Disedari maupun tidak, pimpinan Quran membawa cahaya yg mengeluarkan kita dari gelap ketidaktahuan  dan.belengu nafsu.

Solat pula sebagai satu syiar – simbol terbesar agama adalah mrupakan wadah utama bg penghayatan, pengagungan dan pengikatan jiwa dan pengukuhan hubungan dengan Ilahi.

Ibadat korban, berzakat, berderma, sedekah adalah rangkaian atau pasangan dari Solat & Quran.
Ketiganya Quran, Solat dan Zakat / Korban ada lah simpulan utama bagi IMAN, ISLAM & TAKWA.

Surah Al-Kautsar

Seringkali surah Kauthar
(surah108, terpendek, 3 ayat, Makkiyyah ) dikumandangkan dikaca tv terutama pada hari raya korban.  Umumnya kerana dalam surah ini disebutkan mengenai ibadat korban dan solat ( raya ).

Surah ini terdiri dr 3 ayat – jalinan dan perkaitan di antara ketiga ayatnya saling berkait, membina & mengukuh. Hikmah dan falsafahnya tinggi, mulia & menepati ruh agama…

 

Al Kauthar yang disebutkan pada ayat pertama diertikan dengan ‘ Hikmah ‘ yg mengndungi ‘Kebaikan Yang Banyak’. Keduanya Hikmat dan Khoiran Katsirra (Al Baqarah :269) adalah limpahan dari alquran dan sesiapa yg mendapat kurniaan pemahamam alquran bererti telah mendapat kolam ilmu yg diistilahkan dengan AlKauthar.

Kelak sesudah mati di Padang Mahsyar, kolam ilmu ini akan tergambar dengan Al Kauthar yg sesiapa yg diizin (dgn mengamalkan hukummya di dunia ) meminumnya psti akan merasai puas & tdk dahaga.

Dgn kurniaan Al Quran – Al Kauthar ini,(pd ayat 2) Pemimpin Agung – Nabi saw dihendaki membaca dan menyampaikan pengajaran Quran sebagai Tongak Penyatuan pada aspek pemikiran dan pembentukan hala tuju kehidupan.

Kekuatan Jemaah dan Organisasi

Kekuatan dan Organisasi Islam khususnya pasti dan mesti mewujudkan penyatuan dan persekutuan fikrah ini melalui solat jemaah dimana Imam Sembahyang sama-sama menyampaikan mesej Allah melalui bacaan quran dalam solat.

Ianya berkehendakkan imam dan makmun sama memahami dan menghayati bacaan secara tartil.

Ayat kedua ini dimulai dgn ‘fasholli lirobbika’ (di
mana huruf ‘fa’ adalah susulan dan natijah dari ayat terdahulu ).

Seterusnya dirangkumkan dengan seruan supaya berkorban atau perkongsian harta (‘ wan har ‘ ) . Penyatuan harta dan  perkongsian ekonomi adalah keperluan pasti dalam sesebuah Jemaah terutama keperluan asas makan pakai sesudah kesepakatan fikiran dan idealisma.

Ibadat korban, berzakat, infaq dan berderma kerapkali digandingkan dgn solat dalam quran dimana keduanya asas utama kepada penubuhan serta kekuatan perpaduan islam dan benteng agama.

Ayat ketiga – ” Ssghnya Orang Yang Membenci Kamu Dialah Yg Terputus” menyerlahkan dan menetapkan kesan dan hasil daripada penyempurnaan, penyebaran dan didikan Quran melalui displin sembahyang.

Dan pengukuhan penyatuan Ilmu dan Pemikiran melalui perkongsian harta, ibadat korban atau sumbngan harta.

Perjuangan dan usaha penyebaran kehendak Allah dengan mesej AlQuran oleh Rasulullah saw dan para sahabat melalui perlaksanaan surah AlKauthar ini betul betul mengagumkan dunia dan berhasil menampakkan kebenaran dan keagungan quran.

Keciciran dan ketinggalan pada beberapa atau salah satu dari tiga tonggak unsur yg disebutkan iaitu pengajaran quran, penegakkan solat dan pengorbanan harta akan mengakibatkan jemaah dan organisasi Islam yg dibina tidak akan bertahan dan mampu berfungsi bagi melaksanakan kehendak pengajaran quran, sekali gus melahirkan umat yang bersifat adil dan berkasih sayang atau berupaya membentengi tipu daya musuh dan kekuatannya.

Wallahu ‘alam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s