PAS Penyebab Umat Islam Berpecah – Tun Dr Mahathir

KEDIGILAN Pas untuk bersama-sama dengan Pakatan Harapan dalam menakluki Putrajaya pada PRU14 kelak dilihat menjadi punca umat Islam berpecah.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pas tidak mendatangkan apa-apa pada negara selain daripada memecah-belahkan orang Melayu Islam.

“Sebagai parti politik yang bersandarkan Islam, Pas dilihat kini bertentangan dengan ajaran Islam apabila mereka berjaya memecahkan orang Melayu Islam kepada dua entiti.

“Sepatutnya, kita semua (sebagai Islam) adalah sama, mengamalkan ajaran yang sama, mazhab Syafie. Kenapa kena ada dua entiti atas nama Islam yang berbeza?

“Sebelum Pas, tiada pun perpecahan,” katanya dalam satu Bual Bicara bersama sebuah portal berita, hari ini.

Terdahulu, Pas kekal dengan pendirian untuk tidak bersama Pakatan Harapan dalam PRU14 ini atas sebab DAP dan Amanah.

Tambah Mahathir lagi, beliau melihat sekarang ini pengikut lebih banyak bersandarkan pemimpin daripada ajaran Islam itu sendiri.

“Berdasarkan sejarah, orang lebih mudah mengikut pemimpin Islam daripada memahami ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

“Ajaran Islam mengajar umatnya berbuat baik dan menyatukan umatnya namun atas sebab peribadi pemimpin, ia berubah menjadi sebaliknya hingga bebalah sesama agama,” katanya. – Sinar Harian, 6 September 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.