Memahami Sejarah Hijrah Rasulullah Berdasarkan Kisah Nabi Yusuf


UMUMNYA kita tahu Muhammad dilantik menjadi Nabi pada usia ke-40 tahun. Dalam kiraan tahunnya (570M + 40 = 610M).

Dakwahnya bermula hari itu.

Beliau ditentang habis-habis kerana membawa risalah tauhid – “Tiada Arahan dan Hukum Yang Wajib Dipatuhi Melainkan Arahan Allah”

Bilal, seorang awal memeluk Islam, mengikut arahan majikannya apabila arahan tidak bercanggah dengan arahan Allah, arahan Rasulullah. Dan, arahan Rasulukllah berasaskan fitrah atau kehendak kemanusiaan yang tulen.

Pemimpin Quraish makin risau pengaruh dan penguasaannya terhadap penduduk dan kekayaan Makkah akan dirampas oleh gerakan baru yang semakin menarik minat orang ramai, jika tidak dibendung.

Mereka mula menggerakkan serangan dan siksaan agar ombak gerakan ini malap dan tidak mampu menyinari bumi Makkah.

Kehendak Allah tiada yang mampu menahannya.

Selama kira-kira 12 tahun atau 13 tahun dakwah Rasulullah di sekitar Makkah namun belum berjaya membentuk sebuah kekuatan, dan kekuatan itu mestilah kekuatan kenegaraan sedangkan Makkah waktu itu diketuai pemimpin Quraish.

Tahun ke-10 beberapa orang lelaki dari Madinah datang mengerjakan haji dan bertemu dengan Rasulullah, dan berulang pada tahun ke-11 dan ke-12 menjadikan pengajaran Rasulullah merebak dengan subur di Yathrib atau Madinah. Peristiwa ini diisyaratkan dalam surah Yasin.

Tahun ke-12 atau ke-13 itu berhijrahlah gerakan Rasulullah ke Madinah dan merekalah umat terbaik dan paling berjasa kepada kedaulatan Islam hingga sampai ke nusantara. Ini berlaku pada tahun 610M + 13 Tahun iaitu 623M.

Di Madinah, Rasulullah diangkat menjadi ketua pemimpin Madinah yang jawatan itu diidamkan pada mulanya oleh Abdullah bin Ubai iaitu Ketua Munafik di Madinah.

Sebagai pemerintah, barulah Rasulullah boleh membentuk sistem pemerintahan berdasarkan kehendak Allah seperti termaktub dalam al-Quran.

Hijrah ini dari satu sudut merupakan tarikh pemisah gerakan Rasulullah dan sejarawan Islam mengambil tarikh ini sebagai rujukan untuk memahami agama.

Misalnya dalam bidang tafsir, ada surah dikategorikan sebagai makkiyah iaitu surah diturunkan di Makkah manakalah ada surah diturunkan di Madinah iaitu selepas penghijrahan.

Sejarah Tarikh Hijrah

Nabi sendiri tidaklah meletakkan tarikh ini sebagai tarikh pemisah kerana pada waktu itu masyarakat Arab Makkah dan Madinah tidaklah mempunyai tahun dalam tarikh mereka, kerana mereka menggunakan bulan.

Ketika pemerintahan Saidina Umarlah baru tarikh ini diwartakan dengan mengambil tahun hijrah sebagai permulaan tahun dalam Islam.

Saidina Umar tidak memilih tarikh kelahiran Rasulullah sebagai permulaan sebagaimana yang ada waktu itu dilakukan terhadap nabi Isa yang dikenali dengan tahun masihi.

Tidak juga Saidina Umar mengambil bulan Rabiul Awal sebagai bulan permulaan tahun hijrah walaupun hijrah berlaku pada akhir bulan Rajab dan menjejaki kaki ke Yasthrib pada 8 atau 12 Rabiul awwal, seperti dicatatkan oleh pengkaji sejarah Islam.

Saidina Umar mengambil bulan Muharram sebagai tahun pertama.

Mengapa?

Amalan haji yang berlaku pada bulan Zulhijjah ialah amalan untuk mengerti makna jihad yang diasaskan Nabi Alllah Ibrahim maka selepas selesai menunaikan haji umat Islam akan berkobar-kobar semangat jihad untuk menegakkan kekuatan Islam atas dunia ini, maka Muharram merupakan tahun baru dengan semangat diperbaharui.

Untuk negara kita, 22 September ini merupakan 1 Muharram maka jom kita merenung peristiwa hijrah melalui kisah nabi Yusuf.

PERHATIKAN KEPADA 3 KISAH INI

PERTAMA: Dalam ayat 4, Surah ke-12 ini, Allah merakamkan: “(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat semuanya tunduk memberi hormat kepadaku.”

Ayat 5 pula: “Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu.”

Bandingkan dengan cerita ketika Rasulullah SAW buat pertama kali menerima wahyu, dan Isterinya membawa berjumpa dengan seorang alim Kristian, Waraqah bin Naufal.

Waraqah berpesan, itulah wahyu yang suatu hari nanti engkau akan ditentang oleh kaummu.

Hikmah ayat ini juga, rahsia politik perlu dikawal, kerana akan muncul pendengki dan pengkhianat akan sabotaj.

Surah Yusuf diturunkan di Makkah. Surah ini membimbing Rasulullah dan sahabat, dan tentunya untuk kita hari ini.

KEDUA: Dalam ayat ke-8 hingga ayat 10 Surah Yusuf, diceritakan dengki muncul dalam jiwa adik beradiknya kerana ayahanda mereka lebih menyayangi Nabi Yusuf. Mereka membuat helah dan tipu daya untuk menghapuskan Yusof.

Bandingkan dengan Rasulullah. Rasulullah daripada keturunan Bani Hashim yang bukan berketurunan kaya raya. Mereka golongan sederhana tetapi memiliki akhlak terpuji.

Bani Umaiyah keturunan yang kurang berakhlak berbanding Bani Hashim, tetapi mereka berkedudukan dan berharta.

Kedua-dua bani ini dari satu keturunan – Quraish.

Allah memilih Muhamad sebagai Rasul, menyebabkan Bani Umaiyah yang diketuai Abu Sufyan dengki dan memusuhi Muhammad.

Ayat 9 menyatakan konspirasi adik-beradik Yusuf mahu membunuhnya. Begitupun, salah seorang saudaranya yang masih ada sedikit kasih, mencadangkan tidak dibunuh, malah dibuang dalam perigi.

Perhatikan pada malam hijrah Rasulullah.

Sekumpulan Quraish mencadangkan dibunuh Muhammad pada malam itu. Tersebut dalam sejarah, salah seorang mencadangkan: ” Tak usah kamu membunuhnya pada waktu malam, kerana malam gelap. Mungkin yang dibunuhnya orang lain. Akibatnya akan meletus pemberontakan yang besar di kalangan kita. Oleh sebab itu kita tunggu hingga waktu subuh.”

Mereka mengepung rumah nabi dan kemudian tertidur. Nabi SAW keluar dengan Abu Bakar menuju ke Madinah.

KETIGA: Pada tahun ke-8 Hijrah, Setelah Abu Sufyan dan anaknya mahu memeluk Islam, dia merasa takut untuk menemui Nabi SAW. Lalu, Abu Sufyan berjumpa Ali bin Abi Talib memberitahu hasratnya. Ali memberi satu tips untuk berjumpa Rasulullah dengan membaca ayat 91, surah Yusuf.

“Sesunggguhnya Allah melebihkan engkau daripada kami dan sesungguhnya kami orang yang bersalah.”

Sebaik sahaja Abu Sufyan jumpai Nabi SAW dan membaca ayat 91, baginda terus membaca ayat 92 surah sama.

“Tidak mengapa bagi kamu pada hari ini, mudah-mudahan Allah ampunkan kamu dan Dia maha pemurah dari segala orang yang pemurah.”

Peristiwa ini menyerupai peristiwa antara Nabi Yusuf dan adik beradiknya ketika Mesir dilanda kemarau.

Nah…nampak segarnya ayat Quran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.