Isu Dobi Muslim: Majoriti Muslim Sokong Zamihan, Belum Muslim Menolaknya

KETIKA video ucapan Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari menjadi tular di media sosial semalam apabila beliau menyokong perlunya dobi muslim, majoriti umat Islam yang mengulas di video tersebut memberi sokongan padu kepada Presiden ASWAJA, manakala mereka yang belum muslim memberi penentangan dengan hujah masing-masing.

Perdebatan dalam media sosial itu sesekali kelihatan agak panas dan menimbulkan tidak selesa kepada sebahagian peserta media sosial.  Ini mungkin berpunca daripada tajuk yang disiarkan dalam portal berita pro-DAP, Free Malaysia Today bertajuk: ‘Pegawai Jakim Selar Sultan Johor, Bidas Cina Tak Bersih’

Antara mereka yang memberi sokongan kepada Ustaz Zamihan kerana keberanian menyatakan sesuatu yang kebanyakan ustaz lain tidak berani bersuara kerana Istana Johor sudah mengeluarkan kenyataannya.

Rata-rata muslim yang memberi komen menyatakan pandangan Dr Zamihan itu jelas dan bertepatan dengan kehendak syarak, dan terlalu ramai yang meningalkan komen tanda ‘bagus’ terhadap tokoh yang terkenal melawan kumpulan yang cenderung kepada Wahabi di negara ini.

Begitu juga perbincangan dalam kumpulan Anak-anak Muar’ yang merupakan lokasi dobi kontroversi itu juga menyatakan sokongan kepada Dr Zamihan.

Mereka menyatakan ramai orang banyak terikut-ikut dengan kehendak non-muslim.

 

 

Mereka berpendapat tidak menjadi masalah sepatutnya kepada pengguna yang belum muslim walaupun ada dobi mesra muslim kerana terdapat pilihan yang begitu banyak di mana-mana yang jaraknya tidak jauh antara satu sama lain.

Dr Zamihan dalam kenyataannya pada pagi ini menjelaskan, isu itu timbul kerana berita direka cipta oleh portal FMT jelas berniat jahat bagi menyerang dan memburukkan imejnya selaku Presiden ASWAJA.

“Ini bukanlah kali pertama FMT dan sekutunya mengeluarkan artikel yang cuba membunuh karekter saya. Posting artikel Malay Mail Online (MMO) pula memuatkan foto saya seolah-olah dalam keadaan menjelir lidah sewaktu menyampaikan ceramah. Saya percaya naratif itu sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan kebencian sesetengah pihak terhadap saya kerana saya seringkali menegur sesetengah pihak dengan tegas dalam isu-isu agama.

“Niat jahat FMT terserlah apabila mereka secara jelas mengaitkan jawatan saya sebagai Pegawai JAKIM dalam artikel berkenaan. Sedangkan saya hampir 13 tahun sudah tidak lagi bertugas di JAKIM. Bahkan kehadiran saya bagi menyampaikan kuliah agama di masjid berkenaan adalah atas kapasiti saya sebagai pendakwah Ahli Sunnah dan Presiden ASWAJA. Maka segala kenyataan dibuat atas kapasiti peribadi saya dan tiada kaitan sama sekali dengan JAKIM atau mana2 Jabatan Kerajaan,” katanya.

Dalam komen di FMT yang begitu aktif menulis mengenai isu ini, kebanyakan individu belum muslim tidak bersetuju dengan Dr Zamihan, dan pelbagai kata kesat ditujukan kepada tokoh ASWAJA itu.

Ada yang membangkitkan bagaimana jika seorang muslim memerlukan darah dan hanya ada darah orang bukan Islam, adakah orang Islam itu tidak boleh menerima darah orang yang belum Islam.

Seorang yang hanya menggunakan nama Mei ASM menusli begini: Insult Sultan is one matter. Insult chinese for being ‘unclean’ is another matter”  dan kebanyakanm komen mahukan agar Dr Zamihan dipenjarakan atau dikenakan tahanan di bawah Akta Hasutan.

Terdapat juga komen yang cenderung melagakan Sultan Johor dengan Presiden ASWAJA keranna Dr Zamihan dikatakan telah menghina Sultan.

Ini bermakna dalam komen-komen menunjukkan perpaduan dan semangat kasih sayang antara kaum-kaum di negara ini masih longgar, dan ini perlu diperbetulkan untuk generasi esok.

 

Perpaduan merupakan kemuncak kepada kejayaan dalam sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Usaha tertentu perlu dipergiatkan lagi untuk menyusun balik sendi kenegaraan yang masih belum mantap, berbanding negara jiran yang agak berjaya menyatukan kaum-kaum.  Singapura, misalnya, mengasimilasikan kaum melalui satu jenis sekolah dengan tidak membenarkan sekolah vernakular berbanding dengan Malaysia.  Begitu juga Thailand dan apa lagi negara maju.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.