Dituduh Murtad, Asiah Jalil Mohon Cerai Dengan Suaminya

SEORANG wanita Islam, Asiah Abd Jalil yang selalu memperlihatkan diri anti-poligami dan liberal, hari ini mengfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya Mohd Hatta Saadon atau tiga alasan:

Pertama: Tiada lagi persefahaman – syoqaq berpanjangan

Kedua: Perbezaan pendirian politik – suami terlalu taksub dengan parti PAS

Ketiga: Suami menuduh dirinya telah murtad.

Dalam komenĀ  posting yang sama, suaminya menafikan menuduh isterinya murtad.

“Lillahitaala abg tidak menuduh murtad.. berbeza andai kita menasihati.. dan menuduh.. menasihati agar tidak menuruti dan berbuat ke arah yg yg bercirikan kekufuran, munafik, murtad dan apa jua sifat2 yg tercela…” tulisnya.

Dalam psioting sebelum itu, Asiah turut melahirkan kekecewaan terhadap suaminya yang memaksanya untuk solat subuh:

“Encik suami tunjal-tunjal kepala dan badan saya untuk kejut solat Subuh. Continuously for 30 minutes. Seriously sakit dan annoying.

“Saya cakap, saya menyampah dia buat macam tu. Saya enggan solat sehinggalah kami bercerai. Lepas sah bercerai nanti, saya akan qadha semua solat saya.

“Encik suami kata, saya tak suka dia tunjal-tunjal saya sebab syaitan dalam badan saya yang rasa sakit.

“Akhirnya saya bangun dan tunjal kepala encik suami dua kali. Encik suami tersentak dan bagitau dia tak suka perbuatan saya. Maka terbuktilah lelaki soleh yang jaga solat pun tak suka bila kepala ditunjal,” tulisnya.

Tuntutan cerai mengikut kod 055 selalunya memerlukan persetujuan suami, kerana bukan tuntutan fasakh.

Bawgaimanapun, ini tertakluk kepada perbicaraan yang ditetapkan pada 9 November 2017.

Asiah sebelum ini telah menimbulkan beberapa kontroversi yang meletakkan dia bersama-sama dengan aktivis yang lain seperti Siti Kassim.

Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan yang kelihatan seperti menghina Rasulullah yang boleh dibaca di sini.

 

 

Asiah mempunyai ramai juga followernya dan kebanyakan mereka mahukan Asiah dan suaminya berbaik kembali kepada demi anak-anak mereka.

“Asiah tu tengah mengandung nak, orang mengandung ni hati nya sensitif, nak kan perhatian yang lebih dari suami, nak dibelai oleh suami, cuba Hatta banyakkan tumpuan pada asiah waktu mengandung, insyaallah elok lah dia….,” kata seorang yang sahabatnya bernama Faridah Ismath.

Seorang yang bernama Hasif Hamid menulis: “Abg hatta..cuba lah pujuk akak lg..akak tgh sensitif teruk tu biasa la..cba try pickup line zaman2 bercinta dlu..”

Ada juga yang mahukan supaya tidak ada batu api yang memanaskan lagi hubungan mereka sehingga membawa kepada perceraian sebenar.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s