Ibrahim Ali Ramal PAS Kelantan Akan Tumbang

PASIR MAS: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meramalkan tsunami politik akan berlaku di negeri ini dengan Pas akan tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan yang diketuai DAP dilihat mempunyai peluang cerah untuk melakukan kejutan di negeri yang ditejuai oleh Pas sejak 27 tahun lalu.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada senario semasa apabila rakyat dilihat sudah mula rimas dengan kegagalan Kerajaan Pas Kelantan mengurus tadbir negeri ini dengan baik walaupun sudah memerintah lebih suku abad.

“Sejak pemergian Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), Kelantan sudah tidak ada aura dan orang pun dah mula bercakap sejak Pas memerintah selama lebih suku abad tak ada apa.

“Pendapatan kerajaan negeri tidak bertambah, asyik tebang balak saja. Pekerjaan kurang, rakyat Kelantan ramai berhijrah ke luar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang dan beramah mesra dengan penduduk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong di Kampung Hutan Chengal di sini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: