PAS Ada 7,063 Cawangan, berbanding Amanah 364

364 CAWANGAN AMANAH NAK LAWAN 7,063 CAWANGAN PAS?

Oleh: Kamarul Yusoff

Bangga nampaknya pemimpin AMANAH dengan kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dalam Konvensyen Nasionalnya semalam.

Begitupun, Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir, dalam ucapannya pada konvensyen ini melaporkan bahawa AMANAH telah didaftarkan di 153 Kawasan dan 364 Cawangan; Pemuda AMANAH telah didaftarkan di 36 Kawasan; dan Wanita AMANAH telah didaftarkan di 28 Kawasan.

Bandingkan sahaja “kekuatan” AMANAH ini dengan kekuatan berlipat kali ganda PAS yang, sehingga ke tarikh 10 April 2017, telah didaftarkan di 195 Kawasan dan 7,063 Cawangan; Pemuda PAS yang telah didaftarkan di 179 Kawasan; dan Muslimat PAS yang telah didaftarkan di 174 Kawasan.

Dalam politik kepartian, bilangan cawangan adalah gambaran kekuatan sesebuah parti politik kerana ia adalah ukuran pengaruhnya di peringkat akar umbi; oleh itu sukar dibayangkan bagaimana AMANAH yang hanya mempunyai 364 Cawangan boleh menandingi PAS yang mempunyai 7,063 Cawangan.

Dan agak pelik juga bila Setiausaha Agung AMANAH tidak berani mengumumkan bilangan ahli AMANAH yang telah didaftarkan kerana sejak kebelakangan ini banyak kesangsian timbul mengenai bilangan ahli AMANAH; kalau benar ia mempunyai bilangan ahli yang ramai kenapa ia tidak diumumkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.