Jadikan Sekolah Vernakular Sebagai Sekolah Swasta – Peguam

KUALA LUMPUR: Peguam dan aktivis masyarakat Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berpendapat, sekolah vernakular sepatutnya didaftarkan sebagai sekolah swasta bukan sekolah bantuan kerajaan, seperti mana sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Buzze Azam berkata,  kerajaan hanya boleh menyelenggara sekolah-sekolah vernakular yang telah wujud sebelum hari merdeka dan kerajaan juga tidak ada kuasa dari segi undang-undang untuk menubuhkan sekolah-sekolah vernakular yang baru.

“Kewujudan sekolah-sekolah vernakular baru ini adalah tidak selari dengan perlembagaan Malaysia kerana hanya sekolah vernakular yang wujud sebelum merdeka sahaja yang selari dengan Perlembagaan Negara, maka penyaluran dana bagi tujuan penubuhan atau pembinaan itu menyebabkan kerajaan boleh disaman,” katanya mengulas keputusan kerajaan meluluskan penubuhan 10 sekolah Cina baharu di Johor dan Selangor.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ketika memberi kelulusan penubuhan itu berkata pembangunan sekolah itu bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina dan dibina di kawasan penduduk kaum Cina yang ramai.

Beliau berkata, selain itu enam SJKC sedia ada juga akan dipindahkan ke lokasi baharu.

Kaum Cina khususnya DAP mahukan orang ramai menganggap sekolah cina sebagai sekolah untuk semua, bagi mengelak usaha sekolah vernakular dikategorikan sebagai sekolah swasta.

Mohd Khairul Azam berkata, menyelenggara dan menubuhkan adalah dua perkara yang berbeza apatah lagi menyalurkan dana yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Salah satu cara untuk menghalang peruntukan kerajaan kepada sekolah vernakular ini ialah kerajaan perlu disaman, dan mahkamah kena buat keputusan menghalang, termasuk mengisytiharkan sekolah-sekolah vernakular ini sebagai sekolah-sekolah haram yang tidak selaras dengan perlembagaan.”

Menurut beliau lagi, “Sebenarnya banyak pihak-pihak yang berpengaruh dan berkepentingan yang mempunyai hak untuk menyaman kerajaan dari segi perlembagaan termasuk mengambil tindakan terhadap sekolah-sekolah Cina ini kerana jelas melanggar perlembagaan yang sedia termaktub.

Bercakap tentang alasan bahawa sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai prestasi akademik yang cemerlang sehingga perlu dipertahankan kewujudannya,  Buzze Azam berpendapat, prestasi akademik yang cemerlang bukanlah alasan untuk melanggar peruntukan Perlembagaan.

Menurut beliau, perkara ini bukanlah berkaitan dengan kecemerlangan akademik,tetapi berkaitan dengan sama ada ianya selaras atau bertentangan dengan perlembagaan.

“Jadi, isu akademik bukanlah perkara berkaitan dengan undang-undang,”

Khairul Azam berkata, sekolah vernakular sepatutnya diurus oleh kaum mereka sendiri, bukan menggunakan dana negara.

“Lembaga Pengelola Sekolah Cina atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) mereka sendiri telah mempunyai dana berjuta-juta ringgit untuk meneruskan pendidikan anak-anak mereka, maka teruskan sahaja sebagai sekolah swasta bukan sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan yang mendapat bantuan kerajaan.” katanya.

Sumber: menara.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.