Jurutera Pembina Menara Jam Terbesar Di Makkah, Mahu Bantu Lahir Lebih Ramai Jurutera

 

MELAKA:  Jurutera Malaysia yang melakar sejarah apabila terlibat dalam pembinaan Menara Jam Abraj Al-Bait di Makkah, Datuk Wan Nazri Wan Aria berhasrat untuk melahirkan lebih ramai jurutera muda profesional di negara ini.

Sehubungan itu, Wan Nazri, 37, merancang untuk menubuhkan sebuah firma penyelesaian kejuruteraan sebagai inisiatif membimbing jurutera muda di negara ini agar sebaris dengan jurutera profesional di luar negara.

Beliau berkata berdasarkan pengalamannya bekerja di Jerman, berkhidmat dengan syarikat di luar negara merupakan pengalaman yang amat berharga dalam membentuk diri seorang jurutera muda termasuk etika dan cara kerja.

“Jika kita duduk luar negara belajar ataupun bekerja maka kita boleh timba ilmu dan juga teknologi yang boleh kita bawa balik sini untuk dikongsi kepada generasi muda. Perkara itu amat penting dalam perkembangan sebagai seorang profesional,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Nazri menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2017 bersempena sambutan Hari Lahir Ke-79 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang disambut pada 13 Okt lepas.

Bapa kepada tiga orang anak itu turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Melaka atas penganugerahan itu yang sangat bermakna dalam hidupnya.- Bernama, 5 Nov 2018

Sementara itu, untuk mengenali lebih dekat jurutera muda ini, Wartawan TV Hijrah, Fadzil Aziz dalam catatan nota di facebooknya menulis:

 

One thought on “Jurutera Pembina Menara Jam Terbesar Di Makkah, Mahu Bantu Lahir Lebih Ramai Jurutera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.