Kerja Haji Pakej VIP Swasta: 35 Jemaah Tertipu Libatkan RM1.6 Juta

BAGI mereka yang berkemampuan dari segi wang untuk mengerjakan Haji di Makkah, ada yang tidak sanggup menunggu giliran yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji, sebaliknya memilih untuk menggunakan khidmat swasta.

Menggunakan perkhidmatan Tabung Haji lebih mudah kerana pelbagai kemudahan disediakan kerana institusi itu sudah mempunyai pengalaman berpuluh tahun, malah Tabung Haji sudah mengurus berjuta-juta jemaah, termasul hal-hal visa dan penerbangan, pengurusan ketika mengerjakan haji dan membantu menguruskan kepulangan jemaah selepas menunaikan rukun kelima itu.

Bagi mereka yang memilih melalui  pihak swasta menggunakan Pakej VIP yang biasanya melibatkan lebih RM50,000 seorang, mereka mendapatkan visa melalui Visa haji Furada yang diperkenalkan oleh Arab Saudi.

Begitupun, Visa Haji Furada ini tidak ada janji mutlak daripada Arab Saudi.

Apa lagi jika pihak swasta berkenaan tidak pun mendaftarkan syarikatnya dengan tabung haji.

Jelas di sini ada kelompangan peraturan dan undang-undang kerana tidak mewajibkan pengendali swasta mendaftarkan diri dengan Tabung Haji atau satu pihak lain yang boleh memantau dan memastikan perkhidmatan kepada orang ramai.

Begitulah yang terjadi kepada seramai 35 orang bakal jemaah untuk menunaikan ibadah Haji pada September 2017 lalu terbantut apabila kesemua mereka terkandas di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) disebabkan ketiadaan visa Haji.

Sedangkan bayaran penuh telah dibuat dengan kos yang sangat tinggi sehingga ada yang mencecah RM100,000 seorang.

Hari ini mereka datang mengadu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM.

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi berkata ada juga mangsa yang mendapat visa tetapi tiada tiket penerbangan.

“Kita berharap sidang media ini dapat membuka mata pengguna, pihak kawal selia Haji dan Umrah supaya perkara seperti ini tidak berterusan menipu pengguna” katanya seperti disiarkan dalam laman facebook PPIM.

“Walaupun Visa Haji Furada ini sah dari segi undang-undang Kerajaan Arab Saudi, jemaah yg menggunakan visa ini tidak termasuk dalam kawal selia Tabung Haji. Mereka tiada rekod didalam sistem Tabung Haji. Contohnya tidak boleh mendapatkan rawatan khidmat kesihatan dimana-mana Klinik Tabung Haji atau Hospital Tabung Haji di Tanah Suci nanti. Jadi mungkin pihak Tabung Haji perlu pantau bagi mereka yang menggunakan visa Haji Furada” kata Aktivis PPIM, Mazlina Abu Bakar.

Syarikat yang menganiaya mangsa-mangsa jemaah Haji ini tidak mempunyai lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan syarikat tersebut hanya menguruskan Haji Furada kerana Haji Furada ini tidak tertakluk kepada (PJH).

Mazlina Abu Bakar mendakwa syarikat tersebut membeli visa haji Furada ini terus dengan Kerajaan Arab Saudi dan tidak melalui Tabung Haji.

“Kita mohon pihak Tabung Haji campur tangan untuk kawal selia visa VIP ini.” Jelas beliau

Panel Perundangan PPIM, Mohamad Siddiq Azani berkata bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi, mungkin boleh wujudkan satu akta ataupun satu suruhanjaya khas untuk mengawal selia Jemaah Haji dan Umrah.

“Syarikat-syarikat yang mengendalikan kursus pakej Haji dan Umrah ini perlu memberi satu insurans. Jadi, jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, peserta-peserta Jemaah Haji boleh menuntut insurans mereka” jelasnya.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.