“Mahathir Membodohkan Diri Sendiri” – DAP

Adalah salah bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menegaskan bahawa beliau bertindak atas nasihat polis berkenaan tangkapan besar-besaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata pakar undang-undang perlembagaan Abdul Aziz Bari.

Menurut ahli DAP itu, lebih baik bagi bekas perdana menteri, dari segi sudut moral, untuk mengakui bahawa beliau telah terkhilaf dalam penilaiannya.

Aziz berkata, bahawa dalam sistem parlimen seperti Malaysia, kerajaan semasa yang mempunyai keputusan muktamad dan harus memikul tanggungjawab.

“Undang-undang tidak boleh dibaca secara literal, jika tidak diktator akan masuk melalui pintu belakang. Sama seperti tanggapan Yang di-Pertuan Agong melantik kerajaan mengikut kebijaksanaan. Tafsiran literal mengenai tanggapan ini yang menimbulkan masalah selama ini.

“Penahanan ISA pada asasnya adalah penahanan eksekutif yang wujud di negara-negara seperti Malaysia. Ia adalah legasi pemerintahan penjajah yang bertentangan dengan demokrasi.

“Sama seperti pendakwaan di mana proses itu bermula dengan siasatan polis. Kes yang disebutkan di atas memerlukan lampu hijau atau kelulusan politik. Sama seperti pengampunan diraja, Seri Paduka tidak bertindak sendiri, walaupun baginda mempunyai kata putus,” katanya dalam satu kenyataan.

Aziz berkata jika benar polis membuat keputusan itu, ini bermakna Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang “bodoh” dan pasukan polis yang menguasai segala-galanya.

“Kita tahu Mahathir sedang bermain politik tetapi dalam proses itu, beliau membodohkan diri sendiri,” katanya.

Aziz mencadangkan jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan, maka satu mesti ditubuhkan berhubung episod lalu yang membabitkan pengerusinya.

Dalam pada itu, beliau mengesa pihak polis untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Dalam nota yang sama, Aziz berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menjadikan perkara itu sebagai modal politiknya kerana beliau juga adalah sebahagian daripada sistem berkenaan semasa kejadian berlaku.

Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.