Ditikam, Dilanggar Hingga Mati Guna BMW Putih – Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam dan dilanggar menggunakan sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini, malam Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta jenis Volkswagen mereka di stesen berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, kedua-duanya kemudian secara tiba-tiba didatangi empat lelaki yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta jenis BMW mereka.

Namun mangsa dilaporkan melawan dan akibat daripada itu, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa. Melihat kejadian itu, wanita yang bersama mangsa terus melarikan diri meminta bantuan orang awam.

“Dalam pergelutan itu, mangsa berjaya meloloskan diri namun suspek kemudian naik ke kereta mereka dan membuat pusingan di stesen minyak berkenaan sebelum bertindak melanggar mangsa dan kemudian mengundurkan kenderaan dan melanggar mangsa sekali lagi sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, malam Ahad.

Mohd Khalil Kader berkata, berikutan kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Daripada pemeriksaan, polis menemui satu kesan tikaman di dada kiri mangsa.

Menurut beliau, polis kini sedang mengambil keterangan daripada wanita asing berkenaan yang dilaporkan masih trauma akibat kejadian itu.

Motif kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama/mStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.