Dr. Mahathir Tak Benarkan PAS Laksanakan Hukum Islam – Abdul Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui mudah berurusan dan bekerjasama dengan kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika dibandingkan ketika era kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini kerana jelas beliau, kepemimpinan kerajaan sekarang menunjukkan kesanggupan untuk bersama menegakkan Islam sebagaimana yang diperjuangkan parti Pas sejak sekian lama.

Katanya, sedangkan sewaktu di bawah pemerintahan Dr. Mahathir, bekas perdana menteri itu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan di negara ini.

“Kita kena sedar, kalau dulu semasa zaman Dr. Mahathir, dia tak benarkan kita laksanakan hukum Islam. Namun sejak dia berhenti, dan sekarang PM baharu (Najib), kita ambil pendekatan bertemu secara berdepan dan setuju kita laksanakàn hukum Islam.

“Menteri baharu ini (Perdana Menteri, Najib) boleh berbincang dan sekarang banyak kalangan UMNO mulai sedar dan berfikir untuk tegakkan Islam yang Pas ingin laksanakan hukum Islam,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan demikian ketika berucap melancarkan Markas Besar PRU-14 N20 Pengkalan Berangan dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, dua Timbalan Pesuhjaya Pas Terengganu, Dr. Alias Razak dan Yahaya Ali serta Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kritikan Dr Mahathir, Abdul Hadi memulangkan paku buah kerasnya terhadap serangan dengan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai sudah melampau setelah melabelnya kafir dan pengkhianat kerana mengadakan kerjasama dengan UMNO.

Namun, meskipun mengakui tohmahan yang dilemparkan Dr. Mahathir itu cukup berat, Abdul Hadi tetap memaafkan bekas Perdana Menteri itu serta mengharapkannya insaf atas perbuatannya.

“Dia orang tua dah. Biar dia insaf sendiri lah. Memang dia sudah melampau. Tapi biar dia fikir dan duduk sorang-sorang, dia kena baca banyak buku. Tapi jangan pula baca buku perubatan saja, buku (agama) Islam pun kena baca.

“Saya biarkan dia insaf dan mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dengan dia, saya maafkan. (Tapi) antara dia dengan Tuhan, dia kena taubat,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Pelancaran Markas Besar PRU-14 N20 Pengkalan Berangan dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu, Dr. Alias Razak; Timbalan Pesuruhjaya II, Yahaya Ali dan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Beliau diminta mengulas serangan terbaharu Dr. Mahathir semalam yang melabelkan Abdul Hadi sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.

Dalam sidang akhbar di Putrajaya itu, bekas Perdana Menteri itu juga menuduh Abdul Hadi hanya memperalatkan Islam kerana pernah mendakwa kerajaan sebagai kafir dan perlu ditentang.

Abdul Hadi seterusnya tidak menafikan bekas pemimpin nombor satu negara itu sudah semakin terdesak dengan sanggup melakukan perkara yang akhirnya mengundang padah kepada diri sendiri.

“Dia memang terdesak, sudah rapat ke dinding dan dia dah tak boleh pergi dah. Maka dia rempuh dinding itu dan tidak pasal-pasal pecah kepala sendiri. Jadi, janganlah pecahkan kepala sendiri,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu turut menegaskan bahawa tidak mahu mengulas lanjut berhubung isu Amanat Hadi yang kini dibangkitkan kembali oleh Dr. Mahathir.

“Saya dah tulis buku dan buku dicetak beberapa kali. Jadi, saya tak mahu ulang balik, rujuk buku itu sudah cukup,” tambahnya.

Mengulas mengenai Datuk Mahfuz Omar keluar Pas, Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebenarnya sudah lama ‘meninggalkan Pas’.

“Dia dah lama keluar (tinggalkan Pas). Ibarat orang mati lama dah tapi baru tanam,” ujarnya. – Utusan

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: