Ranapnya Ladang Lembu Bumiputera Terbesar Ekoran Dakwaan Rafizi

WALAUPUN Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara Rafizi baru 30 bulan kerana “mendedahkan masalah kononnya rasuah” NFC, industri ternakan lembu Bumiputera sudah ranap.

Undang-undang hanya menjatuhkan hukuman, tetapi mahkamah tidak mampu menghidupkan kembali industri ternakan lembu Bumiputera.

Yang paling gembira, DAP.

Menggunakan penyata bank NFC Corp pada 7 Mac 2012, Rafizi membuat tuduhan secara terbuka bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli kondominium mewah dan bukannya untuk pembiakan lembu.

Bagaimanapun, syarikat NFC mempertikaikannya dan menyaman Rafizi kerana fitnah – kes yang mana dimenangi NFC di mahkamah tinggi. Rafizi kemudian membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.

Pada asasnya, Rafizi telah melanggar akta BAFIA kerana mendedahkan penyata bank peribadi NFC untuk membuat tuduhan yang kemudiannya dibuktikan oleh mahkamah sebagai palsu.

Undang-undang BAFIA sangat jelas di sini. Sekiranya anda mendedahkan penyata bank orang lain, anda melanggar undang-undang. Rafizi tahu ini.

rafizi lembu1
MALAYSIA mencatatkan hanya mampu mengeluarkan daging lembu dan kerbau dalam lingkungan 28 peratus atau 170,000 tan metrik, menyebabkan 70 peratus terpaksa di import daripada Australia, Thailand dan India.

Keperluan daging lembu bukan hanya untuk makanan harian kebanyakan penduduk di negara ini, bahkan juga kepada penduduk Islam yang merupakan keperluan untuk melaksanakan ibadah qurban setiap musim perayaan aidiladha.

Menyedari keperluan ini, sebuah syarikat telah ditubuhkan untuk mengatasi pergantungtan terhadap import dan dalam masa sama memberi peluang perniagaan dan pekerjaan kepada sebahagian besar penduduk.

National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dengan bantuan pembiayaan pinjaman daripada kerajaan sebanyak RM250 juta, telah ditubuhkan sekitar tahun 2007 bagi memulakan perladangan lembu besar-besaran di seluruh negara.

Pembiayaan itu tentunya bukan hanya untuk membina lading lembu dan menternak lembu, tetapi sebagai entiti perniagaan yang tentu merangkumi hal-hal pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perakauanan dan pengurusan sumber manusia bagi memastikan projek ini berjalan lancar.

Keperluan daging juga perlu dibekalkan kepada hypermarket seperti Carrefour, Cold Storage, Giant dan pasar raya lain selain keperluan untuk katerer dan keperluan hotel.

Sebagai sebuah perladangan besar-besaran seperti di negara maju, peluang pekerjaan secara automatik akan muncul – keperluan kepada pegawai pemasaran, perakaunan, konmputer, agen jualan, hal-hal perkeranian dan usahawan lembu, khususnya di kalangan Bumiputera.

Ini bermakna perusahaan lembu ini memberi berjuta-juta kebaikan secara langsung dan tidak langsung, bukan hanya untuk rakyat tempatan khususnya Bumiputera bahkan juga kepada negara Malaysia.

po

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

NFC diserang dengan pelbagai fitnah dan laporan polis, atas alasan penyelewengan wang pinjaman berkenaan digunakan untuk membeli kondo mewah.
Maka, serangan dibantu media sosial waktu itu, gambar-gambar kondo dan isteri Pengerusi Eksekutif NFC, iaitu Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikartunkan dengan wajah lembu, untuk menarik kebencian orang ramai kepada NFC.

November 2011 kes ini menjadi viral dan cakap-cakap orang ramai, seolah-olah Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail seorang yang jahat dan menyelewengkan pinjaman RM250 juta dari kerajaan.

Memang seronok dan menjadi ‘hero’ jika boleh menuduh silap kerajaan, apa lagi projek NFC ini diberikan kepada suami seorang Menteri waktu itu.

Ketika menjawab fitnah Mohd. Rafizi Ramli yang mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat waktu itu menyalahgunakan dana NFC sebanyak RM250 juta untuk membeli seunit kondominium mewah dengan harga RM9.8 juta, Dr Mohamad Salleh berkata:

“Keputusan Pusat Fidlot Nasional (NFC) membeli kondominium di Bangsar, Kuala Lumpur menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu merupakan satu langkah yang bijak dalam mengukuhkan kewangan syarikat itu. Ini berdasarkan kepada kajian syarikat itu, sekiranya wang berkenaan disimpan di dalam bank ia hanya akan memberi pulangan sebanyak 2.6 peratus berbanding sektor hartanah.

Katanya, pelaburan dalam sektor hartanah di kawasan mewah itu dibuat memandangkan ia mampu menjana keuntungan pada masa depan.

“Apa yang dapat kita lihat melalui pelaburan sektor hartanah yang dibuat, ia dijangka mampu memberi pulangan yang lebih tinggi sebanyak 12.9 peratus. Malah rebat tunai dan sewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 disalurkan kepada syarikat dan bukannya untuk individu.

“Pada masa sama masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan. Jadi, sementara menunggu pelaksanaan projek itu, geran berkenaan perlu dilabur supaya mendapat keuntungan,” katanya.

Persepsi buruk yang dibina tidak dapat memadam fitnah itu.
lembu nfc
Pada 12 Mac 2012, Dr Mohamad Salleh, 67, yang juga pengarah NFCorp didakwa di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Mohamad Salleh juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Mohamad Salleh juga menghadapi dua lagi pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan syarikat untuk membuat sebahagian daripada pembayaran bagi pembelian unit-unit kondominium.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM30,000.

Ketika pendakwaan itu dan hiruk pikuk kes berkenaan, aset NFC juga dibekukan dan perladangan lembu sudah tidak boleh dilaksanakan selicin sebelum itu.

Jatuhlah perladangan Bumiputera dan hilang banyak peluang pekerjaan anak-anak bangsa.

Pemfitnah mungkin hanya tersenyum melihat kejatuhan perniagaan berkenaan.

Selepas hampir lima tahun, perladangan besar-besaran ini juga sudah digagalkan, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Dr Mohamad Salleh atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.

Ini bermakna selepas lima tahun baru kebenaran menjelma, dan keadaan perniagaan Bumiputera ini sudah tidak mampu bangun lagi.

9 thoughts on “Ranapnya Ladang Lembu Bumiputera Terbesar Ekoran Dakwaan Rafizi

  1. artikel paling bangang yg pernah aku jumpa dalam sementelaah perjalanan utk mencari ilmu tentang penternakan lembu. artikel bodoh bangang mcm nie patut dah lama di turunkan supaya kebodohan tuan punya post tidak lah kekal sehingga dapat dibaca sehingga ke anak cucu. kesian dkt tuan punya post. semata2 habuan seribu dua, kebodohan dan kebebalan dia tertayang sehingga medium bergelar internet ini kekal.

    Like

  2. Ladang lembu tidak sama dengan Feedlot lembu. Sebuah ladang senentiasa ada lembu sedangkan feedlot lembu adakala tiada berpenghuni kerana di hantar ke tempat Jalan atau tempat sembelihan.

    Like

  3. Pingback: PRU 2018: Analisis Parlimen P93 Sungai Besar |

  4. Pingback: Ranapnya Ladang Lembu Bumiputera Terbesar Ekoran Dakwaan Rafizi | MediaLantang.Com

  5. Pingback: Ranapnya Ladang Lembu Bumiputera Terbesar Ekoran Dakwaan Rafizi

  6. Sayang sekali. Idea yg baik dibunuh. Idea utk mengurangkan kebergantungan kepada import negara luar gagal. Idea utk pecahkan monopoli kartel gagal. Tapi belajarlah dari kesilapan. Silap 1. Kenapa mesti suami menteri yang diberi tanggungjawab besar ini? Kenapa bukan koperasi? Silap 2. Yang diterima adalah geran untuk penternakan lembu. Sudah tentu semasa submission pada kerajaan faktor2 cashflow dengan duit yg duduk dalam bank dan faedah diperolehi digunakan dalam pembentangan bagi mendapatkan geran. No hidden agenda. Tapi bila disalahguna utk beli kondo tu walaupun nampak bijak ianya tetap salah dari segi moral. Kita guna duit kerajaan utk buat untung. Rasanya kalau bisnes plan cerita nak beli kondo utk tampung kos operasi sykt, tak mungkin akan dapat dana besar mcm tu. Kena ingat bila kerajaan keluar duit beri pd dia, duit itu akan mengambil dana yg sepatutnya boleh digunakn di tempat lain. Erti kata lain mengambil hak org lain tiada keberkatan. Jangan give up. Kerajaan perlu bantu utk memastikan sektor ini boleh diambil kembali. Asalkan jangan beri pada kroni.

    Like

    • Kenapa ye..
      1. Sudah tentu MOhammad Salleh yg menghantar proposal kepada kerajaan berkenaan projek tersebut.
      Idea asal mungkin dr beliau.

      2. Kalau nama pun pinjaman. Jadi semua sedia maklum bahawa 250juta itu duit yg dipinjamkan.
      Apa berlaku pun kena bayar balik apabila tiba waktunya.
      Jadi apa saya nak buat dgn wang yg ada adalah hak syarikat. Kenapa u nak sibuk?

      Like

      • alahai

        kritikal nau bodoh kau nie

        woi bodoh

        kau buat loan kereta utk beli kereta ke beli kondo????

        apa punya bengap pemikiran kau nie?
        benda simple mcm tu pun kau tak boleh hadam ke?

        nie aku nak tanya, NFC dah start bayar ke loan dia ???

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.