Kos Keseluruhan PRU-14 Tidak Kurang RM4.4 Bilion

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.menganggarkan kos pengurusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mencecah RM400 juta,

Berapa pula jumlah kos keseluruhan untuk setiap parti yang bertanding – Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PAS?

Ketika ditanya jurucakap Kelab Penyelidikan Politik Malaysia (KPPM) mengenai jumlah kos keseluruhan, beliau berkata tidak kurang RM4,400 juta dengan mengambil kira BN dan PH memperuntukkan tidak kurang dua bilion ringgit masing-masing.

KPPM berhujah, dalam pilihan raya lalu, PRU-13, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima derma daripada Arab Saudi yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sekitar RM2.6 bilion.

Jika dikatakan BN perlu memperuntukkan RM2 bilion ringgit, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan kini mengetuai PH, tentu menyediakan jumlah wang yang tidak kurang daripada BN untuk menjadikan pilihan raya kali ini begitu sengit dan menarik.

PH yang mempunyai kekuatan kekayaan Selangor dan Pulau Pinang melalui parti PKR dan DAP, sudah pastinya menyediakan sejumlah wang untuk memasuki pilihan raya kali ini dengan jumlah yang besar.

PAS bagaimanapun mungkin tidak mempunyai jumlah wang yang sebanyak itu tetapi pastinya menyediakan tidak kurang tujuh atau lapan digit untuk membayar kos poster, membayar deposit bertanding, memberi dedak kepada pekerja parti dan sebagainya.

Sumber jentera PH menyatakan pihaknya kini sudah mempunyai mekanisme tertentu bagaimana untuk membawa pulang sebahagian wang yang berada di luar negara, walaupun pelbagai sekatan polisi negara dikenakan untuk mengelak pengaliran wang dari luar negara.

Sebahagian pemimpin dan proksi sudah menjual saham di Bursa Malaysia untuk emndapat sejumlah tunai yang sebahagian besarnya untuk tujuan ini.

Penjanaan wang untuk PRU kali ini bersumber daripada dalaman dan luaran – kedua-dua pihak sudah tahu caranya dan sudahpun melakukannya.

Tiada duit, jentera tidak bergerak.

Jika parti tidak menyediakan wang sebanyak itu, kebanyakan pemimpin sudahpun menyediakan sedikit sebanyak wang untuk tujuan ini.

Cuma, dalam kes UMNO kata KPPM, sebahagian pemimpin UMNO tidak mahu mengeluarkan wang sendiri untuk pilihan raya kali ini sebaliknya bergantung penuh kepada parti.  Ini kerana pemilihan peringkat parti tidak kurang pentingnya yang sudah lama tertangguh yang dijangkakan akan diadakan selepas pilihan raya ini,.

Seperti PRU-13 lalu, berita akar umbi menyatakan banyak juga pemimpin tidak mengagihkan sepenuhnya wang yang diterima kepada jentera parti kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon.

KOS SPR SAHAJA

Dalam laporan bernama mengenai kos SPR, Abdullah berkata kos RM400 juta termasuk bagi menampung kos sewaan, perolehan peralatan, pembayaran elaun serta honorarium.

Semua pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat mengira undi telah dikenal pasti dan sedia untuk digunakan apabila diperlukan, katanya kepada Bernama, di sini.

Sejumlah 250,000 petugas sementara, katanya, dijangka diperlukan bagi membantu mengendalikan PRU14 itu.

“Semua persiapan logistik juga telah dipastikan dalam keadaan baik dan tersedia, termasuk pusat mengundi, pengangkutan, helikopter dan sebagainya,” katanya.

Dalam memastikan proses PRU14 berlangsung secara telus dan adil, Hashim berkata, SPR menjangkakan 100,000 wakil atau ejen calon bertanding akan menjadi pemerhati tetap terhadap segala proses pilihan raya.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada pemerhati di barung semakan SPR, ejen tempat mengundi (ETM) yang bertugas sebagai pemerhati semasa proses pengundian berlangsung dan ejen mengira undi (EMU) yang bertugas semasa proses pengiraan undi.

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk pemerhati di luar pusat mengundi.

“Pendek kata, segala proses pilihan raya yang berlaku di dalam dan luar tempat mengundi itu adalah dalam pengetahuan mereka (ejen calon dan pemerhati).

“Pada PRU14 ini SPR akan pastikan semua calon yang bertanding menghantar wakil atau ejen mereka untuk bertugas semasa proses pilihan raya itu dijalankan,” katanya.

Hashim berkata, pada PRU kali ini, SPR akan menghebahkan nama wakil atau ejen yang bertugas supaya rakyat tahu bahawa proses pilihan raya itu berlaku dengan telus dan adil.

Justeru katanya, parti-parti politik tidak perlu berasa bimbang dengan ketelusan proses pilihan raya sedia ada yang diamalkan di negara ini.

“Dengan kehadiran ejen-ejen calon sebagai pihak ketiga, ia merupakan bukti bahawa SPR tidak menafikan hak pemerhati untuk turut serta dalam proses pilihan raya,” katanya.

Selain itu, Hashim berkata, SPR juga sedang menunggu maklum balas daripada pemerhati-pemerhati antarabangsa, termasuk dari negara anggota Komanwel dan Asean yang diundang untuk PRU14.

Katanya, SPR turut melantik pemerhati tempatan terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang berkecuali serta wakil universiti.

Ditanya mengenai persiapan peribadinya memandangkan ini adalah kali pertama beliau menerajui SPR dalam menguruskan PRU, Hashim mengakui ia adalah cabaran besar yang menguji keupayaan serta kemampuannya.

“Secara peribadi, saya menghadapinya dengan pelbagai perasaan, namun saya optimis akan dapat melakukannya dengan terbaik kerana turut dibantu oleh barisan ahli SPR, pegawai sekretariat dan petugas-petugas pilihan raya yang komited serta berpengalaman,” katanya.

Menyifatkan 7 pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak ke-11 lepas sebagai medan latihan, Hashim berkata, ia pengalaman amat berharga yang akan digunakannya untuk menguruskan PRU14. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.