Analisis PRU-14: BN Menangi 123 Kerusi, Manakala PH dan PAS 99

ANALISIS PRU-14 Oleh Kelab Penyelidikan Politik Malaysia (KPPM)

DALAM pilihan raya di negara kita, perkara pokok yang perlu diperhatikan ialah bilangan kerusi yang dimenangi oleh parti politik untuk dianugerahi kuasa memerintah yang berlaku lima tahun sekali.

Sebaik sahaja Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen mulai Sabtu lalu, maka kuasa memerintah itu dipulangkan kembali kepada semua warganegara untuk memberi kuasa memerintah mengikut polisi yang ditetapkan oleh parti berkenaan, sama ada mengekalkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang berlambangkan keadilan dacing atau memilih Pakatan Harapan (PH) yang berlambangkan mata satu yang juga dikatakan mahukan keadilan.

Keadilan menjadi teras bersama antara kedua-dua kabilah politik berkenaan.

Sanggupkah warganegara memilih parti yang belum tentu melaksanakan keadilan sebenar atau mengekal dengan melakukian penambahbaikan atas kapal sedia ada untuk menuju keadilan tulen?

Perkataan abstrak keadilan itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai rupa yang kepada DAP tentulah untuk memastikan kaum Cina mendominasi ekonomi, politik dan polisi pendidikan manakala UMNO pula mahukan keadilan dalam konteks kaum teras iaitu Bumiputera mestilah berada pada kedudukan yang seimbang dalam tiga kuasa induk – politik, ekonomi dan pendidikan.

Kuasa memerintah itu berada pada kedudukan bilangan kerusi di Dewan Rakyat yang semunya berjumlah 222 kerana persempadanan semula yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini tidak membabitkan bilangan kerusi di Dewan Rakyat atau kerusi di Dewan Undangan Negeri, cuma perubahan pada nama kawasan atau ejaan nama kawasan sahaja.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei 2013 menyaksikan BN mendapat 133 kerusi, manakala gabungan pembangkang atau waktu itu dikenali Pakatan Rakyat memenangi sebanyak 89 kerusi.

Dari segi kerusi selamat pada tahun 2013, BN mempunyai 107 kerusi manakala pembangkang 74 kerusi manakala 41 kerusi direbutkan yang menyaksikan 26 kerusi berpihak kepada BN dan selebihnya iaitu 15 kerusi kepada kepada pembangkang menjadikan kerusinya 89.

Dalam tinjauan sikap pengundi yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik Kelab Penyelidikan Politik Malaysia (KPPM) untuk tahun 2018, KPPM mendapati kedudukan terkini BN boleh memenangi 123 kerusi Dewan Rakyat, lebih rendah daripada kedudukan yang dicapai pada tahun 2013 tetapi cukup untuk membentuk kerajaan.

Pembangkang pula yang terdiri daripada PH dan PAS, boleh memenangi kerusi sehingga 99 kerusi, meningkat 10 kerusi berbanding yang dicapai pada PRU-13.

Tinjauan KPPM berdasarkan metodologi temu bual bersemuka terhadap ‘orang berpengaruh’ di akar umbi hampir di semua kawasan Parlimen kecuali di kawasan yang sudah ternyata dikategorikan sebagai kawasan hitam atau kawasan putih. KPPM mengunakan wakil-wakilnya untuk berhubung jika sesuatu kawasan sukar untuk diakses.

Bagaimanapun, beberapa kawasan dikecualikan seperti kawasan Pekan kerana tidak mungkin BN akan kalah hatta turunnya Tun Dr Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang di kawasan berkenaan. Begitu juga di Seputeh yang menyaksikan DAP memenangi majoriti lebih 50,000 dan juga di Kepong dengan majoriti 40,000.

Kepada mana-mana penyelidik pun bersetuju, tinjauan politik akan menyaksikan kebenaran pada satu ketika dan berubah pada ketika lain kerana dinamiknya dimensi politik yang bermaksud bilangan 123 kerusi itu mungkin boleh bertambah menjadi 148 atau sebaliknya kerana faktor kejuruteraan ‘kempen’ dalam seminggu dua ini.

Kejatuhan bilangan kerusi BN itu paling utama disumbangkan oleh pergolongan dalaman UMNO akar umbi (pemimpin di peringkat Bahagian) yang tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan perut sendiri.

Jika graf dilakarkan dengan jumlah 123 kerusi ini akan menyaksikan trend penurunan jumlah kerusi yang diperolehi BN berbanding pilihan raya pada tahun 2004 iaitu sebanyak 198 kerusi, 2008 (140 kerusi), 2013 (133 kerusi) dan 2018 (jangkaan 123 kerusi).

Perkara sebaliknya berlaku kepada pembangkang ketika pilihan raya 2004 hanya mendapat 21 kerusi, meningkat pada 2008 (82 kerusi), 2013 (89kerusi) dan 2018 (89 kerusi).

Begitupun, kemenangan dengan majoriti mudah apa lagi perpecahan pembangkang yang terdiri daripada PH dan PAS, maka kerajaan BN akan sekali lagi mendapat mandat untuk menentukan dasar untuk lima tahun lagi, dan boleh menggubal beberapa akta baru dan meminda akta lama, kecuali untuk membuat perubahan pada Perlembagaan Negara.

Dapatan KPPM di peringkat negeri yang jumlah kerusinya 505 pula mendapati dalam PRU-14 ini, Kedah akan jatuh tersungkur ke tangan pembangkang dengan kedudukan 11/25 dan begitu juga Perak 27/32, dan PH/PAS berjaya mengekalkan kerajaan di Selangor dengan kedudukan 10/46, Kelantan 11/34 dan Pulau Pinang 9/31.

Negeri lain termasuklah Perlis mengekalkan kerusi BN dengan jangkaan 10/5, Terengganu 18/14, Negeri Sembilan 20/16 dan kemenangan Lumayan juga di Sabah, Sarawak, Johor dan melaka.

Angka ini agak berpeza pada PRU-13 yang menyaksikan 3 negeri yang dipertahankan Pakatan – Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan – mendapat majoriti 2/3. dengan

Selangor – Pakatan 44, BN 12
Pulau Pinang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12

BN berjaya membentuk kerajaan di sembilan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Negeri-negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Kedah (21/36 kerusi) , Terengganu ( 17/32 kerusi) , Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah ( 48/60 kerusi ) .

Senario politik yang boleh dikatakan akan cemas berlaku di negara ini pasca-PRU14 termasuklah `blamming game’ dan pelbagai perubahan bukan sahaja di peringkat barisan PH, PAS malah juga dijangka berlaku kepada parti UMNO itu sendiri apa lagi mereka akan menghadapi pemilihan di peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi.

Advertisements

3 thoughts on “Analisis PRU-14: BN Menangi 123 Kerusi, Manakala PH dan PAS 99

  1. TERNYATA KINI UMNO DAN BN JATUH TERSUNGKUR PRU 14. TERSEMBAM SUDAH UMNO DAN NAJIB SERTA MENTERI MENTERI UMNO YG BIADAP PADA TUN MAHATHIR. TSUNAMI RAKYAT MENOLAK PENYELEWENGAN UMNO BN KINI TERBUKTI!!!

    Like

  2. Pingback: Analisis PRU-14 Pada 9 Mei: BN Akan Menang Lumayan Di Perlis |

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s