Asyraf Wajdi Kuasai 55 Peratus Undi Di Pasir Puteh

Dalam analisis Kelab Penyelidikan Politik Malaysia (KPPM) yang pernah disiarkan penyubaru pada 9 Februari 2018, kedudukan calon Barisan Nasional (BN) Pasir Puteh di belakang calon PAS.

Kini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendahului calon PAS yang juga Setiausaha Majlis Syuranya, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh sebanyak 55 peratus.

Calon PPBM yang diharamkan, Datuk Kamarudin Mohd Nor yang dikatakan pernah menjadi mentor kepada Asyraf Wajdi, berada di kedudukan paling belakang walaupun menjadi anak jati Pasir Puteh.

Selain mengekalkan undi kepada BN di Pasir Puteh pada PRU-13 lalu, Asyraf juga berjaya memikat akar umbi PAS di DUN Gaal dan Limbongan.

Lagi mengejutkan, beberapa pemimpin PAS mengajak Asyraf Wajdi untuk turut bertanding di DUN Limbongan.

Pasir Puteh berada dalam kedudukan seimbang dari segi empat DUN kerana duanya diduduki calon BN itu di Semerak oleh Cikgu Awi atau Awi Jepun dan Selising, manakala PAS di Gaal dan Limbongan.

Awi Jepun yang juga Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh berjaya memainkan peranannya untuk menjayakan hasrat agar Asuraf Wajdi memenangi Pasir Puteh.

Begitupun, politik itu dinamik.

Angka 55 peratus sokongan kepada Asyraf Wajdi ini boleh berubah sama ada bertambah atau berkurang bergantung kepada kepandaian kempen masing-masing.

Dan, jika tiada cas keting dan undi protes terhadap Asyraf Wajdi, kawasan itu akan diduduki calon muda yang berpotensi untuk masa depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.