TH Beli Tanah TRX Untuk Pelaburan Hartanah

TABUNG Haji membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada tahun 2015 semata-mata atas dasar pelaburan yang tentunya membawa pulangan yang sangat lumayan kepada institusi berkenaan, sekali gus akan memberi pulangan kepada pendeposit dan subsidi haji.

Harga belian tanah berkenaan pada tahun 2015 adalah RM189juta atau RM2,774 sekaki persegi dan sekarang (2018) nilai tanah di TRX telah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 kaki persegi dengan Menara 106 sedang giat dibina.

Peningkatan sebanyak 8.2% berbanding harga belian membuktikan keputusan TH membeli tanah tersebut adalah tepat serta menguntungkan.

Tetapi, mengapa DAP dalam laman facebook mereka pada hari ini sekali lagi mempertikaikan pembelian berkenaan kononnya TH menggunkaan wang pendeposit untuk menyelamatkan Perdana Menteri dan 1MDB?

Mungkinkah DAP mempunyai agenda tertentu serta tidak mahu institusi Islam mempunyai tanah bernilai tinggi di tengah bandaraya Kuala Lumpur, dan mahukan hartanah itu dimiliki oleh satu kaum tertentu sahaja? Ini terbukti apabila mereka cuba mendesak TH supaya menjual tanah tersebut.

Isu ini telah dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini dan jawapan serta penjelasan terperinci terhadap tuduhan yang dilemparkan sudah diberikan.

DAP dalam tulisan berkenaan membangkitkan juga mengapa ada pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka kerana kekurangan keyakinan selepas kontroversi pembe lian tanah dari 1MDB, sedangkan jawapannya adalah sangat mudah, iaitu fitnah yang dibuat itu telah berjaya menghasut sebahagian kecil pendeposit yang tidak berfikir panjang dan bertabayyun terhadap sesuatu berita yang diterima.

DAP nampaknya menggunakan strategi propaganda Nazi dengan mengulangi perkara tidak betul berkali-kali untuk menjadikan perkara itu betul dalam persepsi orang ramai, dalam bahasa mudahnya adalah ‘keganasan persepsi’.

Strategi mereka juga untuk Tabung Haji menjual tanah bernilai itu supaya tidak dimiliki oleh institusi Islam. TH sebelum ini sudah menjelaskan mereka tidak bercadang untuk menjualnya, sebaliknya akan akan membangunkan tanah tersebut yang nilainya akan meningkat berlipat kali ganda.

Tabung Haji bertanggungjawab kepada semua pendepositnya dan ini tentu akan memberi manafaat kepada pendeposit melalui hibah tahunan, hibah haji dan subsidi haji.

Selain itu, sebagai sebuah institusi Islam, TH mempunyai misi untuk memastikan kelangsungan dan keterlibatan umat Islam secara berkumpulan dalam pembangunan ekonomi di kawasan bernilai tinggi Tun Razak Exchange (TRX).

One thought on “TH Beli Tanah TRX Untuk Pelaburan Hartanah

  1. Persoalan.
    1. Benar atau tidak berlaku urusniaga 1MDB dlm pembelian tanah TRX? Adakah 1MDB bayar kepada kerajaan? Jika ada mane bukti? Mengapa kerjaan mengalami susut wang selepas 1MB membeli berkenaan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.