Ahli Akademik Jadi Pengampu Kejar Jawatan Profesor, Naib Canselor

 

Dengan Bangganya Profesor di MPN Menyokong Manifesto BN

UNIVERSITI di negara ini tidak dihormati kerana sebahagian mereka lebih kepada mengampu ahli-ahli politik dan pak menteri, untuk menjadi profesor atau sebagaian untuk jadi Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor.

Naib Canselor begini selalunya lebih banyak berpolitik daripada melonjakkan kecemerlangan akademik keraan dirinya sendiri tidak dihormati dalam bidang kepakarannya.

Paling kemuncak apabila sebahagian profesor ini berkumpul untuk membentuk Majlis Profesor Negara (MPN) kononnya untuk memberi nasihat kepada kerajaan sedangkan mereka hanyalah untuk mendapatkan pangkat dan gaji yang tinggi.  Seorang profesor akan diberikan gaji bertaraf JUSA C walaupun tidak tahu menahu hal pentadbiran dan tidak pun kompetent di peringkat antarabangsa dalam bidang kepakaran. Di MPN, seseorang ahli akademik boleh meningkat ke paras Turus – hanya kepandaian membodek.

Berikut disertakan kenyataan penuh COMPETENT, NGO yang menganalisis isu semasa.

1. Centre For Malaysian Political And Economic Transcendence (COMPETENT) mengalu-alukan pengumuman pemansuhan Majlis Professor Negara (MPN) yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana Entiti MPN yang sepatutnya mewakili suara golongan ilmuan bijak pandai, didapati telah terseleweng menjadi golongan pengampu paling tegar kepada kerajaan UMNO-BN.

2. COMPETENT melihat kewujudan MPN yang pada dasarnya berniat baik untuk mengumpulkan ilmuan yang akan menasihati kerajaan telah bertukar menjadi satu bencana intelektual apabila ramai antara mereka yang mendapat gelaran profesor adalah mereka yang tidak layak.

3. Umum sudah lama mengetahui tentang budaya mengampu ahli politik adalah antara cara utama untuk dilantik menjadi kepimpinan utama universiti. Budaya mengampu ini berterusan pula apabila pensyarah-pensyarah mengampu kepimpinan universiti untuk mendapatkan jawatan profesor madya dan profesor. Hasilnya, ‘profesor kangkung’ semakin ramai di dalam MPN dan mencorakkan dan mengubah MPN menjadi persatuan pengampu kerajaan.

4. COMPETENT berpendirian bahawa Kementerian Pendidikan seharusnya merangka satu standard berdasarkan merit dalam melantik Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) universiti. Kita sudah tentu tidak senang dengan khabar angin seperti TNC (Penyelidikan) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), sebagai contoh, mempunyai Google Scholar H-Index sebanyak 6 sahaja sedangkan ada beberapa lagi pensyarah di universiti sama yang menjadi rujukan dunia dan H-Index nya lebih daripada 20.

5. Sama juga dalam isu pelantikan profesor madya dan profesor. Merit haruslah menjadi penanda aras yang utama. Ini kerana pemberian gelaran profesor ini kadang-kadang disalahguna oleh kepimpinan utama universiti untuk diberikan kepada diri sendiri ataupun kroni. Perkara ini menjadi buah mulut persatuan pelajar apabila bekas NC sebuah universiti di utara tanah air memberikan kepada diri sendiri gelaran Profesor Emeritus!

6. Perkara sama juga terjadi di UPNM apabila COMPETENT difahamkan bahawa bekas NC memberikan kepada dirinya sendiri gelaran Profesor Ikhtisas, satu gelaran baru diadakan, sebelum beliau bersara daripada jawatan NC baru-baru ini. Beliau juga telah sewenang-wenangnya melantik ramai profesor madya dan profesor kontrak sehingga membazirkan lebih 60% bajet tahunan universiti!

7. COMPETENT turut menggesa supaya penggunaan merit juga diterapkan dengan lebih berkesan lagi dalam kemasukan pelajar ke dalam universiti awam. Walaupun sistem kuota universiti telah lama ditinggalkan, pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dipisahkan oleh laluan pra-universiti yang mereka perlu tempuhi. Pelajar bumiputera kebanyakkannya melalui sistem matrikulasi manakala pelajar bukan bumiputera pula majoritinya mengambil
STPM yang silibusnya dikatakan lebih susah.
Hasilnya, pelajar bukan bumiputera amat sedikit bilangannya di dalam universiti awam.

8. Jikalau pelajar bumiputera sentiasa dilindungi daripada persaingan di dalam universiti, bagaimanakah pula nasib mereka apabila mereka terpaksa bersaing di dalam pasaran kerja? Adalah tidak mengejutkan apabila graduan bumiputera dilaporkan mempunyai kadar pengangguran lebih tinggi berbanding graduan bukan bumiputera.

9. COMPETENT akhirnya berpandangan bahawa persaingan mengejar merit di dalam universiti akan menghasilkan graduan yang sentiasa memperbaiki mutu hasil kerja mereka. Jikalau merit tidak diberikan penekanan dalam budaya kerja, maka budaya mengampu pula yang akan menggantikannya.

Wan Anwar Wan Ibrahim, LLB (Hons) LLM
Ketua Eksekutif
Centre For Malaysian Political And Economic Transcendence (COMPETENT)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.