Bagaimana Rasulullah Bentuk Ekonomi Madinah

Realiti Pasar Nabi di Madinah

Oleh Ahmad Saifuddin Yusof

1. Nabi Muhammad Sollahu ‘Alayhi wa Sallam membuka pasar berdasarkan aduan orang ramai berkaitan pasar Yahudi yang menindas dan zalim. Solusinya dengan membuka pasar baru dengan terma dan syarat yang baru yang berbeza dengan pasar Yahudi.

2. Kedua, melalui pasar baru, supply chain dapat berubah melalui networking baru daripada Muhajirin yang berjaya dalam bisnes semasa di Mekah. Golongan Muhajirin seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakr al-Siddiq, Uthman bin Affan dan lain-lain. Mereka mempunyai networking daripada pembekal barang yang lebih baik.

3. Melalui terma dan syarat baru di pasar baru Madinah. Ia membuatkan ramai pembeli membeli belah di pasar baru. Lama kelamaan pasar Yahudi mula ditinggalkan penjual sedia ada dan berpindah untuk berniaga di pasar baru Madinah.

4. Apa yang Nabi Muhammad buat ialah game changing dalam pembinaan ekonomi Madinah supaya berjalan dengan lebih telus dan adil yang sebelum ini dikuasai oleh pihak yang menindas sehingga wujud suasana yang tidak baik dalam iklim ekonomi Madinah.

5. Tidak dinyatakan secara spesifik pula bahawa pasar itu khusus untuk orang Islam sahaja. Jadi, kemungkinan pasar itu bersifat terbuka tanpa mengira agama dan bangsa. Mereka berpindah apabila mereka ditindas oleh pengurusan pasar Yahudi.

6. Jika mahu dikatakan boikot pasar Yahudi. Ia dilakukan secara halus dan spesifik kepada pengurusan pasar Yahudi itu sahaja bukan orang Yahudi secara umum.

7. Secara zahir dilihat ia bukan boikot, Nabi Muhammad mahu menukar cara berniaga berdasarkan pengalaman baginda berniaga sebelum menjadi Rasul. Sudah tentu baginda melihat pelbagai model pasar-pasar yang bagus di lokasi utama pasar besar di Semenanjung Arab dan negara sekitar.

Kesimpulannya, kita boikot kezaliman dan penindasan yang dilakukan sesiapa sahaja. Tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Barulah ekonomi dapat dibina seperti ekonomi Madinah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.