Hentikan Usaha Gabung UMT-UniSZA?

HAMPIR tidak ada mereka yang berkepentingan dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersetuju dengan langkah Kementerian Pendidikan mahu menggabungkan dua buah universiti ini.

Mahasiswa sudah berdemonstrasi, Majlis Perwakilan Pelajar kedua-dua universiti tidak bersetuju, dan dua hari lalu pengurusan tertinggi menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin bagi mendapatkan pandangan mengenai cadangan penggabungan dua universiti terbabit.

Dalam bahasa tersirat dan lembut, mereka juga tidak bersetuju.

Ahli politik termasuk Exco Pendidikan Terengganu turut menolak langkah Kementerian Pendidikan yang dianggap tidak memberi keuntungan kepada rakyat terbanyak.

Penolong Setiausaha BERSATU Negeri Terengganu, merangkap Timbalan Ketua Bahagian Marang., Tuan Hj. Zaidi Muda, juga tidak bersetuju dengan langkah yang sepatutnya bukan menggabung sebaliknya meningkatkan kualiti pencapaian kedua-dua universiti melalui pelantikan naib canselor dan lembaga pengarah yang lebih berkemampuan melonjakkan universiti berkenaan ke tahap antarabangsa. 

“Saya tidak bersetuju penggabungan UMT & Unisza. Ianya harus dikekalkan sebagai 2 buah Universiti. Semua org tahu bahawa ia adalah satu satunya universiti didunia yg terletak sebelah jalan antara satu sama lain. Institusi dah ada, cuma kita perlu fikirkan bagaimana utk menaiktaraf serta menjadikan ke 2/2 universiti ini tinggi kedudukannya.

“Kalau lah prestasinya tidak baik, maka KPN mesti melantik VC @ Board Universiti yang betul betul berkaliber utk menjadikan universiti berkenaan setaraf dgn UM atau USM. Bukan dgn cara gabung. Kalau ia bergabung byk implikasi lain akan timbul terutamanya dari segi perjawatan dan sebagainya.

“Kalau KPN nak jugak gabung atas dasar penjimatan, saya sarankan Unisza diserahkan kembali kepada terengganu utk ditadbir oleh kerajaan terengganu sebagaimana Kusza satu ketika dulu,” katanya ketika ditanya pandangan mengenai isu penggabungan.

Dilaporkan sebelum ini Naib Canselor UniSZA, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata beliau bersama Naib Canselor UMT, Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar sudah mengemukakan beberapa fakta secara menyeluruh berkaitan universiti masing-masing, ketika menghadap Sultan Terengganu.

Dr Hassan bagaimanapunberkata, pihak UniSZA sangat neutral dalam isu penggabungan berkenaan dan akan menerima segala kemungkinan asalkan ia memberi impak positif kepada kedua-dua universiti.

“Kita boleh bergabung jika penggabungan itu memberi lonjakan kepada kedua-dua universiti termasuk dari segi graduan, pencapaian dan nisbah pekerja serta graduan.

“Sekiranya penggabungan itu akan menurunkan prestasi kedua-dua universiti, lebih baik tidak perlu bergabung.

“Apa pun, kita akan lihat dulu dari pelbagai sudut dan akan menilai hal ini secara bebas. Apa juga keputusan akan berdasarkan kajian dilakukan ini, bukannya akan terus bergabung tanpa melihat keperluannya.

“Difahamkan kajian menyeluruh penggabungan ini akan dilakukan dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Hassan berkata, penggabungan dua universiti itu tidak boleh disamakan dengan penggabungan bank kerana salah satunya akan lenyap.

“Penggabungan universiti pula, kedua-duanya akan kekal kerana kita masih mempunyai pelajar di universiti terbabit,” katanya.

Kabinet pada 4 September lalu dilaporkan bersetuju pada dasarnya terhadap langkah penggabungan itu yang akan mengukuhkan keupayaan kedua-dua universiti sejajar 10 lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek turut memaklumkan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengemukakan kaedah terbaik kepada semua pihak dalam penggabungan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.