BERGABUNGLAH KEMBALI BERSATU, UMNO

Dari segi idea penubuhan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengambil idea UMNO yang berasaskan ideologi ‘alif, ba, Tha’ untuk membangunkan negara dengan menjadikan kaum majoriti sebagai teras pembinaan negara bangsa, tanpa menidakkan realiti negara berbilang kaum hasil takdir sejarah penjajahan British.

Hampir semua barisan kepemimpinan tertinggi BERSATU ialah mereka yang sudah lama menghirup ideologi ‘alif, ba, Tha’ yang tak jauh berbeza dengan majoriti ahli UMNO sekarang.

Hampir semua kepemimpinan UMNO sekarang ini yang ada di peringkat tertinggi dan juga berada di akar umbi sudah sangat terbiasa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memerintah negara sejak 1980 hingga 2003, malah tidak salah jika dikatakan Datuk Seri Najib Tun Razak ialah anak didik Tun M.

Jika dilihat di bahagian terdalam hati ahli UMNO akar umbi dengan hati ahli akar umbi BERSATU, tidak ada banyak berbezaannya.

Ini kerana ideologi UMNO dan ideologi BERSATU mempunyai kemiripan.

Tun M pun membuktikan hal ini dengan hadir dalam Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober lalu, yang mungkin berlaku konflik dalaman di hati Tun M sendiri kerana sejarah politik Malaysia berlalu dengan sentuhan tangan Tun M sejak zaman Tunku Abdul Rahman.

Ironisnya Tun M kerana berulang-kali menyatakan kekecewaan kepada perpecahan Melayu yang menyebabkan Melayu hilang kekuasaan tetapi beliau juga mencetuskan pemisahan kepada tertubuhnya parti-parti politik di negara ini, termasuklah menubuhkan BERSATU itu sendiri.

Oleh itu dosa Dr Mahathir terbesar kerana mencetuskan pemecahan kepada UMNO hingga parti keramat itu hilang kekeramatannya pada 9 Mei 2018 yang mungkinkah boleh dipulihkan kembali sebelum beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri atau sebelum beliau meninggalkan dunia ini.

Masa semakin suntuk dan beliau perlu kembali menyatukan hampir semua parti-parti berasaskan Melayu dan Islam; dan jika ini berjaya maka jasanya akan dikenang sehingga 1,000 tahun anak-anak cucu rakyat Malaysia akan datang.

Paling mudah Dr Mahathir perlu mengambil model Perdana Menteri kedua, Tun Razak Husin yang mampu menggabungkan parti UMNO, PAS, GERAKAN, MCA dalam satu kerajaan besar yang hampir tidak ada pembangkang, sehinggakan beliau mampu menggerakkan agenda pembangunan ekonomi dan berusaha keras menyeimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum di negara ini.

Tun Dr Daim Zainuddin yang baru mendapat Ph.D dari Universiti Malaya ketika berusia 81 tahun boleh menjadi wakil untuk menggerakkan usaha ini, seperti mana beliau menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, kerana beliau juga sempat mengikuti cara berfikir dan bertindak Tun Razak.

Dalam konteks hari ini, Dr Mahathir perlu menggerakkan usaha membawa masuk UMNO, PAS dan parti-parti di Sarawak untuk bersama-sama bergabung dalam kerajaan Pakatan Harapan dengan memberi nama baru.

Parti-parti yang berpisah-pisah akan memancarkan aura negatif di antara satu sama lain hingga membawa tuduh menuduh seperti berlaku kepada UMNO dan PAS selama lebih tiga dekad masing-masing saling mengeluarkan kata kesat.

Oleh sebab UMNO dan PAS sudah bersetuju untuk berlaku kerjasama politik maka ambillah peluang keemasan ini untuk mengajak mereka bersama-sama dalam kerajaan, dengan meletakkan syarat ‘sesiapa yang rasuah akan tetap tertolak secara automatik’ dalam gabungan kerajaan yang besar ini.

PAS yang kelihatan sangat memusuhi DAP tetapi pernah juga menjalinkan kerjasama kasih politik antara kedua-dua parti berkenaan, maka apa salahnya UMNO, BERSATU, PAS, PKR, DAP untuk bersama-sama menjadi wakil dalam Kabinet Dr Mahathir.

Banyak reformasi struktural lain boleh difikirkan untuk kemajuan negara bangsa Malaysia jika titik bengik politik parti ini boleh diatasi, termasuklah kerangka yang telah menghantui Tun M sehingga beliau hampir menitiskan air mata setiap kali Perhimpunan Agung UMNO pada tahun-tahun penghujungnya sebagai Perdana Menteri keempat.

Sebagai contoh, konsep wakil rakyat yang wajib memberi bantuan kewangan kepada rakyat di kawasan diwakili mendorong kepada wakil rakyat berkenaan mempunyai kewangan yang sangat besar dananya untuk melakukan perkara berkenaan, selain daripada kegairahan mengejar menjadi jutawan lapan atau sembilan digit.

Tidaklah pelik jika diperhatikan tepukan gemuruh daripada perwakilan Bersatu apabila Naib Presidennya, Abdul Rashid Abdul Rahman ‘mencadangkan’ agar kerajaan memberikan projek kepada ketua bahagian Bersatu ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 pada 31 Disember tahun lepas.

“Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook – dengan apa cara sekalipun – kita kena menang.

“Semua ketua bahagian mesti mendapat aktiviti (dan) peluang (bagi membolehkan mereka) mampu dari segi kewangan dan pertahankan kedudukan,” kata Rashid yang juga bekas pengerusi SPR.

Begitu juga perwakilan di Dewan Rakyat (bukan Dewan Negara!) hari ini mesti dilakukan reformasi kembali kepada menempatkan wakil-wakil yang sememang daripada kumpulan B40 sekurang-kurangnya 30 peratus termasuklah di kalangan petani, nelayan, buruh supaya suara desakan mereka sentiasa akan menjadi dasar negara.

Asasnya politik sepatutnya dijuruskan untuk memberi rasa keadilan kepada seluruh rakyat di negara ini, bukan untuk menjutawankan ketua bahagian atau G7 setiap parti politik. Jika dilihat kepada penisytiharan harta oleh pemimpin kerajaan di laman web SPRM, hampir semua boleh bergelar jutawan!

Mungkinkah Tun M sempat melakukan reformasi struktural seperti perkara ini?

Oleh Admin Penyusakti.wordpress.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.