Jadilah Pemilih Parti Politik Dengan Objektif – Nordin Kardi

RESAH RESAH POLITIK

Oleh Dr Nordin Kardi

Resah politik memang tak ada kesudahan selagi ada parti politik. Setiap parti di Malaysia mengatakan parti mereka yang paling mulia, paling bersih, paling berwibawa, paling sayang kepada negara dan bangsa. Itu tidak mengapa.

Yang mengapa ialah apabila parti parti itu memasukkan unsur jahat dengan menuduh parti lain semuanya jahat belaka. Pemilihan dalaman parti pun macam tu juga. Aku saja atau kumpulan aku saja calon pemimpin ahli syurga yang lain semua ahlunnar.

Amat baik jika parti parti tegak dengan tidak menjahatkan orang lain sebaliknya berjanjilah dan buktikan benar bahawa dia dapat membawa kejayaan dan kebahagiaan kepada keluarga, Malaysia. Mengapa perlu menjahatkan orang lain untuk menonjolkan diri baik?

Pimpinan terdahulu telah mengalahkan gerakan PKM dengan memberi kemakmuran kepada setiap rumah. Ahli keluarga Malaysia menolak ideologi dan menerima hidup tanpa ideologi yang dihafal dan diburungkakaktuakan, mengutamakan beras dan air bersih dan menolak senapang.

Tanyalah generasi sekarang ‘apa ideologi kamu atau ideologi Malaysia’ ? Pasti mereka garu kepala dulu sebelum mereka meraban asal menjawab. Itu hasil ajaran orang terdahulu. Ideologi? Ohhhh nanti dulu. Nak beras dulu, ideologi kemudian atau tak payah.

Alangkah, kalau begitu, baiknya jika sekarang, negara yang diwariskan generasi terdahulu waras menilai bahawa keselesaan dan kebahagiaan hidup adalah pilihan kriteria utama menilai dan kemudian memilih parti mengetuai kerajaan. Ambil masa, rasalah kelazatan makanan bukan mencari ulat dalam air limbah.

Kemana Malaysia nak dibawa oleh parti parti yang berjanji. Nilai apa program mereka bukan manifesto atau apa sedekah mereka lepas menang. Tengok di mana biasanya ikan banyak sebelum menjala sepanjang sungai dari subuh sampai ke maghrib.

Malaysia adalah negara ketiga terbesar sais ekonominya selepas Indonnesia dan Thailand di Asia Tenggara. Ini berkaitan dengan sais tanah dan sais penduduk. Tetapi sais tanah dan penduduk sahaja bukan janji kriteria kekayaan. Sais kecil juga boleh kaya dan makmur. Dari segi kekayaan Malaysia adalah ketiga di Asia Tenggara selepas Brunei dan Singapura yang kecil kecil belaka. Biar kecil tapi oedas atau berisi.

Siapkan landasan yang betul ekonomi masa depan. Bajet baru dibentang. Bacalah ke mana keutamaan halatuju Malaysia masa depan? Di mana anak anak akan bekerja? Sekarang 40 peratus pekerjaan anak anak adalah di sektor eksport. Ini juga trend masa depan mana mana saja negara kecil di dunia. Sebab itu setiap kesempatan di universiti dan di mana saja saya bercakap bahawa anak anak mesti belajar berniaga menghantar barang ke luar negara. Saya tak pandai teknikalnya tetapi itulah yang saya lihat jelas.

Sais Malaysia kecil tetapi sais ekonominya ke 35 terbesar di dunia. Semuanya kerana eksport. Sekarang eksport Malaysia masih letronik, sawit dan kian membesar bahan bahan solar. Apakah mau dibuang sawit? Apakah mahu dibuang letronik? Atau, cara lain ialah beri nilai tambah sawit kepada produk prime melalui teknologi tinggi?

Bagaimana kalau sawit selama ini diguna untuk makanan dicari kegunaan lain? Sawit jadi bahan bakar? Jika minyak sawit setakat nak dijadikn minyak kenderaan itu idea biasa biasa saja dan setakat ini kalah dengan petrol. Carilah idea lain yang membolehkan nilai produk sawit bukan setakat kegunaan untuk dimakan dengan cara yang lain yang harganya berganda ganda. Demikian juga letronik, jangan dibuang sebaliknya beri nilai tambah. Apa rancangan pemerintah yang terpancar daripada bajet 2020?

Ada golongan di Malaysia merasa hidup terhimpit. Ya pasti ada. Bagaimana mahu keluar? Ya mesti ada cara. Malaysia terbaris dengan Brazil, Turki dan beberapa negara lagi sebagai negara upper-middle income. Namun secara umum Malaysia terkehadapan daripada negara negara itu kerana kos hidup yang lebih rendah dan dasar kebajikan yang menyeluruh. Ini juga asas yang baik untuk ke hadapan.

Jika pemerintah mahu Malaysia terus menang asas ini hendaklah dikuatkan lagi. Misalnya, income tinggi, cukai rendah, harga barangan dikawal dan margin keuntungan perniagaan dikekalkan rendah. Lakukan price war dengan negara jiran dan pasti volume jualan akan meningkat. Jiran Singaoura, Indonesia, Thai, bahkan Eropah akan banjir berbelanja di Malaysia. Ada tak pancaran ini dalam bajet 2020.

Bagaimana Rancangan Malaysia (RMK) ke 12? Adakah setiap sektor masyarakat petani, peladang, tukang, pekerja kontrak, pegawai kerajaan mempunyai tempat di hati RMK, 12, dalam jangka 5 tahun akan datang? Bagaimana bayangan pendapatan isi rumah, harga makanan, subsidi rawatan kesihatan, pemilikan rumah, dan banyak lagi? Adakah setiap ras dan ethnik ada tempat? Baca dan nilai dan gunakannya sebagai asas memilih kerajaan akan datang.

Sayangnya parti yang tidak memerintah tidak pernah menunjukkan bajet bayangan, jauh sekali daripada menawarkan alternatif Rancangan Malaysia yang komprehensif bayangan seperti yang disediakan pemerintah. Kalau kerja mereka hanya mencari yang buruk yang ditawarkan pemerintah itu biasa biasa saja. Para blogger dan cyber army pun tak banyak yang berkemampuan membuat analisis. Kebanyakannya hanya pandai mencarut dan menunjukkan jantan lengan berotot atau tayang perut six-pack. Ha ha ha.

Marilah belajar perlahan lahan menjadi pemilih parti dengan objektif bukan dengan emosi dan sentimen. Kenapa mahu terus biarkan diri digoda dengan melihat keburukan? Tumpulah mata hati kepada kebaikan yang diutarakan. Nilai dan pilihlah.

Bangunlah bangsaku!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.