Tanjung Piai: Zahid Hamidi Harus Letak Jawatan, Jika Kalah

TIDAKLAH penting kepada kerajaan semasa sama ada calon dari parti MCA, Dr Wee Jeck Seng, 55, menang atau calon Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang meletakkan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66 menang dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai, 16 November ini.

Ini kerana kerajaan di peringkat federal masih sama, sama ada calon kerajaan menang atau calon pembagkang menang.

Yang lebih penting adalah pemilihan calon itu meletakkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan dirinya mampu memimpin BN dan UMNO selepas bercuti dan menyerahkan kepemimpinan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan selama enam bulan sejak Disember tahun lepas hingga Julai lalu.

Ketika dipangku jawtan Presiden UMNO, Tok Mat menunjukkan kepemimpinan luar biasa kerana menampakkan kebanyakan orang Melayu kembali semula kepada UMNO berbanding dengan apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Zahid Hamidi memperlihatkan imej yang sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memimpin Barisan Nasional sehingga merudumkan kerajaan yang bertahan selema lebih 60 tahun yang imejnya sukar dipulihkan kembali ketika pemerintahannya, walaupun kini sokongan rakyat kelihatan ada sedikit peningkatan.

Imej isterinya ditambah dengan propaganda meruntuhkan imej kerajaan, selain dakwaan 1MDB yang dilihat dunia sebagai suatu penyelewengan tetapi dilihat oleh Najib dan Ahmad Zahid sebagai syarikat yang memberi keuntungan besar kepada negara.

Ketika Tok Mat memangku jawatan itu dan kerana kebijaksanaan memilih calon, tiga pilihan raya kecil menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka iaitu di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 26 Jan, kerusi Semenyih  pada 2 Mac dam yang ditandingi sendiri olehnya di Rantau 13 April.

Tanjung Piai memberi satu kerusi untuk memperlihatkan Ahmad Zahid berkemampuan untuk memberi kemenangan atau memberi kemanangan kepada BERSATU.

Wajar sekali beliau meletak jawatan dan menyerahkan kepada Tok Mat untuk mengurus parti demi memastikan reputasi UMNO dan BN terus bertemat di akar umbi hati rakyat.

Tidak perlu menunggu undi tidak bercaya 2/3 mengikut Perlembagaan UMNO untuk beliau mengundurkan diri, tetapi melihat isyarat yang jelas daripada rakyat kebanyakan.

Ahmad zahid juga mempunyai masa untuk membersihkan diri daripada pelbagai tuduhan jenayah yang dihadapi di mahkamah kini, dan beliau boleh kembali semula apabila reputasi parti terbesar orang Melayu itu kembali pulih.

PRK Tanjung Piai  diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu.

Pada PRU14, Dr Md Farid memenangi kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan Wee (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi).

Wee pernah menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal pada 2008 hingga 2018. Beliau sekali lagi bertanding bagi kerusi parlimen itu pada PRU14) tahun lepas, namun tewas kepada calon PH Allahyarham Dr Md Farid .

Dalam matematik mudah dalam era Muafakat Nasional UMNO-PAS, mungkin mereka berpendapat jika digabungkan undi yang Wee terima dan kira-kira 3,000 pengundi PAS di Tanjung Piai, maka kemenangan akan berpihak kepadanya.  Matrik parti politik dinamik dengan Gerakan turun menghantar wakilnya untuk bertanding kali ini, selepas parti itu keluar dari BN,

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bin Chong sempena lawatan kerja sehari ke Johor semalam menyatakan pengundi wajar memilih parti kerajaan kerana kerajaan yang boleh menunaikan janji.

Malah, sebelum ini pun apabila diketahui akan diadakan PRK di sini, maka sudah berjuata-juta wanga ditaburkan oleh Menteri PH atas nama janji dan berhujah ‘berlaku secara kebetulan’.

Tentu Ahmad Zahid akan bertungkus lumus memastikan calon MCA akan kembali menjadi wakil rakyat Tanjung Piai, walaupun terpaksa meninggalkan calon Melayu dari BERSATU yang dikenal pasti seseorang yang kuat agama.

Tugas awal beliau tentunya untuk menjinakkan kembali jiwa geng UMNO Tanjung Piai yang mengharapkan orang mereka sebagai calon tetapi terpaksa diberikan kepada MCA atas desakan kuat dari parti itu.

Bahagian UMNO Tanjung Piai sebelum ini sudah mengugut untuk tidak akan menggerakkan jenteranya jika Ahmad Zahid tidak bertegas memberikan kerusi itu kepada UMNO untuk berlawan dengan BERSATU.

Untuk ini, Ahmad Zahid kalah.

Jika sekali lagi kalah pada 16 November ini, eloklah beliau menyerahkan jawatan kepada Timbalannya yang kelihatan lebih bersih dan mudah diterima akar umbi.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.