Mahathir Paling Sayang UMNO

ORANG paling lantang mengkritik secara ilmiah mengenai psikologi orang Melayu dan kegagalan Melayu dalam perniagaan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, sejak era merdeka melalui bukunya Malay Dilemma dan beberapa artikel serta buku lain.

Mengkritik bukan bermakna membenci orang Melayu, bangsanya sendiri.

Mengkritik untuk memulihkan kembali maruah bangsanya sendiri agar boleh duduk dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain yang diimport dari tanah besar mereka oleh penjajah British.

Sehingga kini, Tun M konsisten mengkritik orang Melayu dengan label sikap malas dan tidak berdisiplin dalam hidup.

Tujuannya untuk menjadikan orang Melayu sebagai bangsa yang rajin (seperti dimodelkan sendiri oleh beliau), berdisiplin dalam pelbagai perkara waima bab makan, sekali gus menjadi bangsa bermaruah.

Kepada bangsa Cina, Dr Mahathir dituduh sebagai ultra Malay kerana perjuangannya untuk kepentingan kaum Melayu sehingga labelan itu memberi imej buruk kepada Mahathir di mata orang Cina.

Tun M tetap yakini terhadap pendirian dan dirinya untuk tidak meminggirkan bangsa peribumi ini daripada dicampak ke belakang dalam arus perebutan kek ekonomi negara.

Malangnya, orang Melayu juga mudah terseret dengan emosi marah yang sesetengahnya memang propaganda kaum lain agar Tun M tidak menjadi Perdana Menteri.

Sebagai Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Tun M memilih ideologi yang didakwanya sebagai ideologi asal UMNO kerana parti UMNO telah dirosakkan oleh sesetengah pemimpin negara sehingga menyeret negara dengan hutang luar negara dan 1MDB yang memalukan negara.

Ini bermakna jika ahli akar umno UMNO memejam mata untuk merenung ideologi atau jiwa perjuangan partinya, maka akan nampak UMNO dan BERSATU, tiada beza.

Ketika Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan bersama beberapa pemimpin UMNO berjumpa dengan Dr Mahathir pada awal dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh, Tok Mat mendakwa Dr Mahathir Mohamad mengakui masih sayangkan Umno dan tidak akan sesekali membubarkan parti itu.

Sama ada mahu percaya atau tidak kenyataan Tok Mat, halusi lagi katanya:

“Saya cakap Tun jangan bubarkan (haram) Umno, ini parti orang Melayu, tak baik untuk dia juga (jika haramkan Umno).

“Dia (Mahathir) kata ‘siapa nak haramkan Umno, Mat Hasan, saya lagi sayangkan Umno, saya lebih 22 tahun jadi presiden Umno’.

“Cuma dia kata Umno sekarang sudah tidak elok dirosakkan Najib (Razak) dan pemimpin Umno lain,” kata Mohamad yang tidak lagi memangku Presiden UMNO.

Sebelum ini tular foto membabitkan Mohamad dan beberapa pemimpin Umno termasuk Noh Omar, Tengku Adnan Tengku Mansor, Shahidan Kassim mengadakan pertemuan dengan Mahathir.

Ia mengundang kontroversi apabila pertemuan itu dikaitkan dengan khabar angin kononnya bekas menteri besar Negeri Sembilan itu mahu meninggalkan Umno.

Mohamad pada 13 Disember tahun lalu menafikan pertemuan beliau ada kaitan dengan tindakan mereka untuk keluar parti atau memohon ‘talian hayat’ seperti yang tular di laman sosial

Dr Mahathir seolah-olah kini membuka peluang untuk semua ahli akar umbi UMNO untuk merenung kembali akar perjuangan dan mengambil pengajaran daripada kekalahan ketika 9 Mei 2018.

Tetapi, jika ahli UMNO tidak mahu mengambil iktibar dan mahu terus mengekalkan status quo, mahu terus dibayangi Najib dan Rosmah, maka tiada siapa boleh lagi membantu kerana UMNO akan kelihatan menyediakan neraka untuk membakar umat Melayu di negara ini.

Oleh admin penyusakti.wordpress.com

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.