Umat Islam, Melayu Jadi Kuat Jika BERSATU, UMNO dan PAS

SUDAH ramai bercakap kerajaan Pakatan Harapan terlalu di’control’ DAP, menyebabkan sebahagian besar orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan berubah. Menyesal.

Sama ada betul atau tidak persepsi itu, ianya akan menjadi semakin jelas apabila berhadapan dengan pelbagai isu semasa.

Ketika isu memperkenalkan jawi di sekolah vernakular ditentang hebat oleh kumpulan pendokong sekolah Cina dan Tamil, timbul pula isu pemasangan lambang budaya Cina tangloon di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Puchong, dan kerajaan Pakatan Harapan terus menurunkan tujuh Menteri Kabinet ke sekolah berkenaan untuk menyokong pemasangan tangloon.

Orang ramai khususunya peribumi mula menambah keyakinan betapa kerajaan dihalatujukan oleh DAP.

Begitu juga kes pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada 26 November 2018, yang menyebabkan kematian seorang anggota Bomba Mohamad Adib MOhd Kassim yang hingga hari ini belum mendapat pembelaan sewajarnya.

Janji-janji Pakatan Harapan untuk menurunkan harga tol dan memansuhkan bayaran PTPTN bagi anak muda berpendapatan kurang RM4,000 terus gagal dilaksanakan.

Harapan rakyat yang merasai kesusahan apabila berlaku kenaikan harga barang tak terkawal dengan memperkenalkan GST oleh regim kerajaan lama telah mengundi Pakatan Harapan, tetapi sudah hampir dua tahun tidak melihat berlaku perubahan signifiken terhadap harga barangan.

DAP terus mendesak dan mendesak pelbagai perkara dilaksanakan segera yang menyentuh kepentingan kaum mereka khususnya pengiktirafan sijil peperiksaan bersama (UEC), tetapi kurang mempedulikan sesuatu yang menyentuh kepentingan keseluruhan rakyat.

Tidak pernah berlaku kerajaan memperuntukkan dana khusus untuk sekolah swasta di Sekolah Menengah Persendirian Cina yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, tetapi Menteri Kewangan Lim Guan Eng dengan bangganya memberikan peruntukan berkenaan.

MCA dan Gerakan turun menyokong segala tuntutan Dong Zong yang dilaksanakan oleh DAP.

Ketika regim Barisan Nasional, DAP menjadi parti politik yang membela dan menuntut kepada kerajaan bagi pihak Dong |Zong dan kerajaan melalui MCA melaksanakan tuntutan itu.

Sedangkan, tuntutan kebanyakan orang Melayu bukan untuk kepentingan kaum mereka tetapi untuk mewujudkan perpaduan untuk seluruh rakyat seperti mahukan hanya satu sekolah untuk semua kaum, seperti mana amalan seluruh dunia yang berjaya mewujudkan sebuah negara bangsa berpadu.

Pemberian biasiswa walaupun telah dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan Negara, tetapi pemberian kini banyak berpihak kepada bukan lagi kepada Bumiputera.  Ini menyebabkan jaminan perlembagaan menjadi hanyalah catatan dalam buku Perlembagaan yang tidak lagi diterjemah dalam pelaksanaan.

Begitupun, tidak boleh dipersalahkan DAP kerana mereka mempunyai kekuatan luar biasa berdasarkan bilangan kerusi di Dewan Rakyat yang membentuk kerajaan Pakatan Harapan.

Orang Melayu berpecah-pecah kepada palbagai parti.

Pilihan yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya semua parti lain termasuk ahli-ahli UMNO dan PAS bersatu dalam BERSATU, tidak mendapat sambutan yang baik, malah ditentang hebat oleh DAP.

Pilihan  yang ada kini adalah membentuk pasukan politik baru dengan menggabungkan BERSATU, UMNO dan PAS sebagai tulang belakang kerajaan dengan bersama-sama parti politik lain yang ingin melihat kebersatuan seperti dimodelkan oleh Tun Razak pasca 13 Mei, hingga berjaya membentuk Dasar Ekonomi Baru yang menguntungkan semua pihak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.