Tun M Sebenarnya Penyelamat Melayu

Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya penyelamat orang Melayu dan itulah yang menjadi motif terbesar beliau dalam berpolitik semenjak keluarnya buku The Malay Dilemma hinggalah buku terakhirnya yang merupakan autobiografinya, The Doctor in the house.

Ramai membaca Tun M secara juling kerana gagal membaca gerak sebenar beliau.

Yang membaca dengan teliti dan mengikuti gerak kerja Tun M sejak awal sebelum merdeka hingga kini akan yakini betapa Tun M melaksanakan dasar-dasar bagi memastikan orang Melayu tidak menjadi kaum hina di negara ini.

Beliau mengkritik Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama negara sehingga menyebabkan beliau disingkirkan dalam UMNO kerana tidak bersetuju dengan Tunku yang terlalu terikut dengan kehendak kaum pendatang, serta tidak melaksanakan dasar bagi memulihkan psikologi dan kekuatan ekonomi orang Melayu.

Ketika Tun M menubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ramai berpendapat Tun M memecahbelahkan lagi kekuatan politik kabilah Melayu ketika waktu itu Melayu sudah berpecah kepada PAS, UMNO, PKR.

Malah, beliau ketika dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh mengkritik orang Melayu kerana berpecah belah kepada parti politik yang tidak menguntungkan mereka.  Beliau mengajak orang Melayu berpayung kepada satu parti politik – BERSATU.

Di ambang pilihan raya umum ke-14, Tun M sudah boleh menjangka UMNO akan merudum kerana kesilapan dasar dan politik Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga seluruh dunia mengecam Najib dengan skandal 1MDB kerana mencuri duit negara.

Dengan andaian Tun M tidak terjun dalam dunia politik BERSATU sebaliknya hanya bermain dengan cucu-cucunya, politik negara akan dikuasai oleh DAP sepenuhnya, kerana PKR sudah berada dalam gengeman mereka.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai kekuatan politik malah tidak tahu untuk mempunyai stand dalam kerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Harapan.

Jika sekalipun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Perdana Menteri sementara waktu itu sementara menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berkuasa waktu ialah DAP.  PKR hanyalah boneka kepada DAP dan begitu juga parti baru seperti AMANAH yang pemimpinnya sebelum itu dibayar gaji mereka oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kaum Cina sejak PRU-12 dan PRU-13 sudah lama meninggalkan MCA dan Gerakan sebaliknya hanya memberi sokongan kepada DAP dan rakan-rakan DAP.

Akhirnya, Tun M memilih untuk bekerjasam politik dengan musuh politiknya sebelum ini dengan syarat beliau diangkat menjadi Perdana Menteri, jika dapat mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara sejak sebelum merdeka.

DAP dan PKR sendiri tidak yakin mereka dapat mengalahkan BN yang mempunyai kekuatan jentera dan kekuatan akar umbi, lalu memberikan konsensus untuk Tun M memimpin gerakan menumbangkan BN.

Bayangkan apakah yang berlaku kepada negara jika bukan Tun M menjadi Perdana Menteri dengan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan?

Tun M sesungguhnya telah membuat langkah strategik yang bijak dan telah menyelamatkan umat Melayu di ambang kejatuhan BN.

Malah jika kerajaan masih lagi dikuasai Najib dan Rosmah maka akan berlaku kenaikan harga barang yang sudah tidak boleh lagi terkawal dan penjualan segala aset negara demi membayar balik hutang 1MDB dan kemewahan anak-anak Najib dan Rosmah kerana 1MDB begitu luar biasa.

Sekarang ini pun kesan hutang 1MDB itu terlalu berat ditanggung kerajaan PH.

Tun M mahukan orang Melayu bersatu padu seperti mana pernah dilakukan mentor politiknya Tun Razak, sehingga banyak dasar negara boleh dibuat untuk memastikan keseimbangan dan keadilan mampu dijelmakan secara saksama.

Najib Razak, Datuk Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya sudah tidak lagi membebankan UMNO sebaliknya menyerahkan kepada Timbalannya, Mohamad Hassan untuk mengembalikan semula maruah politik orang Melayu.

Usia hari-hari terakhir Tun M untuk merealisasikan kekuatan orang Melayu sama ada semuanya memasuki parti kerajaan iaitu BERSATU atau parti itu bergabung dengan UMNO, PAS membentuk matrik politik baru untuk Malaysia.

Begitupun, ramai tidak mampu `membaca’ Tun M.

 

4 thoughts on “Tun M Sebenarnya Penyelamat Melayu

  1. penyelamat kepala puki mak kamu penyumampus…cuba citer kat mana simamak kuty paria ni ke penyelamat….bodo punya penyumampus punya komen….otak dikepalanya sudah bercampur taik …

    Like

    • Betul saperti apa ug dikatakan olih saudara Eric tu, kalau dibaca artikal mamak KUTTY tusekali lalu memang nampak seolah olah mamak KUTTY tu seorang penyelamat bangsa Melayu tapi kalau dikaji balik tak ada satu pun sumbangan beliau untuk menyelsmatkan orang Melayu, tengok saja pemerintahan beliau selama 22 tahun dulu, apakah sumbangan beliau terhadap bangsa Melayu? Tak ada apa apa melainkab hanya untuk memberi kekayaan kepada anak anaknya dan keroninya saja, untuk bangsa Melayu apa yg diberikan? Bagitu jualah pada pemerintahan beliau sekarang, bangsa Melayu buksnnya hendak ditolongnys bahkan mamak Kutty ini bercadang untuk melenyapkan bangsa Melayu kerana beliau adalah kuda tunggangan DAP, apa adakah ini yg dikatakan penyelamat bangsa Melayu, oii orang yg menyokong mamak KUTTY ini berfikiranlah sewaras warasnya dan jangan AYAM MENANG KAMPONG TERGADAI, hai nasib kaulah PAK KADOK

      Like

  2. Adakah PH boleh menang PRU14 tanpa Mahathir? Adakah keadaan ekonomi negara akan lebih teruk jika BN menang PRU14… ? Hmm..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.