Gabungan Kerajaan Baru Pimpinan Tun M, PAS dan UMNO

SEHARI dua ini kemelut politik negara semakin membara apabila kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meyatakan tarikh tertentu bilamahu melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Anwar sendiri agak malu-malu untuk menyatakan beliau tersangat teringin akan jawatan berkenaan, tetapi seseorang yang tidak celik politik pun tahu pendesak itu merupakan orang rapat Anwar, khususnya dalam PKR sendiri.

Tidaklah jauh beza dengan suasana sebelum trajedi Oktober 1998 apabila orang rapat Anwar iaitu Ketua Pemuda UMNO waktu itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula bercakap bahasa sama untuk menuduh Mahathir pengamal KKN (Kroni, Korupsi dan Nepotisme), sebagaimana suara reformasi Indonesia yang menjatuhkan Suharto.

Suara seakan-akan sama Ahmad Zahid kini berkumandang melalui mulut Naib Presiden PKR yang dilantik, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Azmi atau Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Seandainya Anwar membilang kerusi Dewan Rakyat pasukannya tanpa bantuan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencukupi 112, sudah lama Tun M terpaksa gulung tikar kerana pasukan Anwar sudah kelihatan tidak sabar lagi.

Mereka mahukan Dr Mahathir menyerahkan jawatan itu genap dua tahun atau sebelum 10 Mei 2020.

Anwar sendiri bagaimanapun tidaklah yakin bilangan pasukannya mencukupi 112.

Walaupun bilangan kerusi PKR seramai 50 dicampur dengan DAP sebanyak 42 kerusi, namun tidaklah Anwar akan mendapat sepenuhnya 50 kerusi kerusi pasukan Timbalannya Datuk Seri Azmin Ali kelihatan lebih rapat dengan Tun M, dan sudah tidak sekapal dengan Anwar.

Pasukan Azmin dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamaruddin juga mempunyai akar umbi PKR yang kuat termasuk dari Ketua Wanita, Exco tertinggi PKR dan Menteri Besar Selangor (walaupun MB Selangar kadang-kala kelihatan sudah terambang ambing antara sokongan kepada Azmin atau Anwar).

Tun M bukan sehari dua berpolitik tetapi hampir seluruh usia dia dalam politik yang cukup masak dengan sepak terajang atau mainan kotor lawan atau kawan, apa lagi terhadap Anwar.

Dr Mahathir menulis satu bab panjang dalam buku autobiografinya Doctor in The House mengenai Anwar yang disifatkan sebagai seorang yang gelojoh dengan kuasa dan rosak moral.

BERSATU hanya ada 26 kerusi, manakala PKR ada 50 kerusi, DAP 42, dan Amanah 11. Sebanyak 10 lagi kerusi milik sekutu PH di Sabah: Warisan (9) dan Upko (1).

Selain Anwar yang sentiasa membilang kerusi, Dr Mahathir tentu turut membilang kerusi dan menyusun langkah agar diri dan partinya tidak dibuka kemaluan di hadapan orang ramai – Tun M tidak mahu dirinya dijatuhkan oleh Anwar dan pasukannya.

Prosesor Sosiologi Ulung, Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin dalam akhbar the Sunday Star, menjangkakan kemungkinan terjadinya dua perkara ini dalam tahun ini:

(1) Terbentuknya kerajaan baru yang dianggotai oleh BERSATU, UMNO, PAS, puak Datuk Seri Azmin Ali dari PKR, parti-parti dari Sabah dan Sarawak serta parti-parti lain.

(2) Parti-parti yang tidak dijemput menyertai kerajaan baru seperti puak Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan DAP pula akan membentuk barisan pembangkang yang baru.

Sebagai seorang pengamai politik yang tajam, Dr Shamsul Amri mudah mendapat kasyaf politik dengan memerhatikan gelagat pemain utama politik negara.

Pertemuan beberapa Ahli Parlimen BN dirumah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan juga siri pertemuan Presiden PAS dengan Tun M sendiri menguatkan lagi jangkaan Dr Shamsul Amri.

PAS sendiri kelihatan padu sokongan kepada Presidennya menyumbang 14 kerusi Parlimen, sama seperti BERSATU setia kepada Dr Mahathir yang jumlahnya jika dicampur menjadikan 44 kerusi.

Ini belum mengambil kira penyokong-penyokong Mahathir yang terpendam dalam blok pembangkang lain, iaitu BN (41 termasuk 38 daripada Umno), dan Gabungan Parti Sarawak (18) dan sembilan kerusi Warisan di Sabah.

Jika pertembungan Mahathir-Anwar ini terus berlangsung, maka akan terbentuk gabungan parti-parti baru, sekali gus akan menyaksikan pertukaran kerajaan. Dan, serentak itu, terbentuk gabungan pembangkang yang baru juga!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.