Undi Percaya PAS Pada Tun M Selesaikan Konflik Politik Negara

PAS berkata, ahli Parlimennya akan membawa usul “undi percaya” bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad ke persidangan Dewan Rakyat bulan depan.

Timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, usul menyokong kepimpinan perdana menteri bertujuan menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Kita melihat ada keperluan pada masa ini untuk perdana menteri meneruskan kepimpinannya sehingga tamat penggal kerana kemelut tak sudah-sudah yang berlaku mengganggu kestabilan politik dan ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata, mereka mahu membawa usul berkenaan ke persidangan yang dijadualkan bermula 9 Mac hingga 16 Apr ini kerana terdapat desas-desus bahawa sesetengah pihak tidak gembira dengan Mahathir.

“Walaupun tidak gembira, mereka tidak pula membentangkan usul undi tidak percaya di Dewan (Rakyat).

“Apabila tidak ada usul undi tidak percaya, maka kami membawa sendiri usul undi percaya bagi menyatakan sokongan kepada PM,” katanya, selain menambah bahawa 18 ahli Parlimen PAS tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya ia dibentangkan.

PAS secara terbuka menyuarakan sokongan kepada kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri sehingga tamat tempoh pentadbirannya pada 2023.

Menjawab soalan sama ada PAS memaklumkan rancangannya itu kepada Umno, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan bercakap dengan Umno kemudian, selain menambah bahawa ia yakin Umno akan menyokong usul parti itu mengenai kepimpinan Mahathir.

Dalam pada itu beliau berkata, PAS tidak membincangkan isu kerjasama “Pakatan Nasional” dalam mesyuaratnya hari ini kerana parti itu hanya menerima kerjasama dalam Muafakat Nasional dengan Barisan Nasional (BN).

“Pakatan Nasional adalah istilah yang timbul secara tiba-tiba tanpa apa-apa perbincangan. Kami juga tidak terlibat,” katanya.

Dakwaan tentang kewujudan satu pakatan politik baru dibuat oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam awal minggu ini, sekali gus beliau menuduh presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyokong rancangan itu bagi menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan rasuah.

Pada 20 Jan, FMT melaporkan kemungkinan lahirnya satu jajaran politik baru yang akan memacu PAS ke Putrajaya berikutan beberapa pertemuan antara presiden parti itu Abdul Hadi Awang dengan Mahathir.

Laporan itu menyebut bahawa jajaran baru tersebut bakal menyaksikan kumpulan yang menyokong Mahathir bersatu dengan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu, sekali gus membawa kesan buruk kepada DAP dan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim juga berkata, PAS akan mengadakan muktamar tahunannya kali ini di Kota Bharu, Kelantan dari 26 hingga 28 Jun depan.

Katanya muktamar tahun ini tidak melibatkan pemilihan kepimpinan parti.

“Cuma perbahasan dan perbincangan tentang perjalanan parti dan isu yang berlaku dalam konteks politik negara,” katanya. – FMT, 8/2/2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.