Majlis Presiden PM-8 : Takdir Tidak Memihak Anwar

TAKDIR  sekali lagi kelihatan tidak menyebelahi Anwar.

Betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin memuktamadkan nasibnya dalam mesyuarat Majlis Presiden malam semalam, akhirnya menerima pukulan K.O di muka dia dan penyokongnya.

Penyokong tegar Anwar ketika  merasakan PKR merupakan kumpulan komponen parti terbesar dalam PH dengan mewakili 50 kerusi Dewan Rakyat melancarkan tekanan dan tembakan bertubi-tubi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum mesyuarat Majlis Presiden, dengan harapan Tun M akan menyerah kalah.

Desakan penyokong Anwar:  Mahathir wajib serahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebelum 10 Mei 2020 atau paling tidak menyatakan secara spesifik tarik perletakan jawatan pada November 2020.

Inilah sebab mesyuarat Majlis Presiden PH semalam bermula jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 11.30 malam di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya membuat keputusan mengejutkan.

Nampaknya keputusan semalam memberi gambaran Anwar akan menjadi PM pada tarikh 33 Mei 2020 atau mungkin 35 November 2020.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat itu, Tun M sekali lagi menegaskan peralihan kuasa Perdana Menteri akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasific (APEC) hujung tahun ini.

Dr Mahathir berkata, kesemua pihak yang menghadiri mesyuarat itu sebulat suara menyerahkan kepada beliau untuk membuat keputusan.

“Kita fikir masa depan parti. Saya rasa bangga semuanya serah kepada saya. Apa yang saya kata mereka ikut.

“Saya kata peralihan selepas APEC. Terpulang kepada saya sama ada hendak lepas atau tidak,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir tiba kira-kira 8.30 malam diiringi konvoi keselamatan dan dilihat mengangkat tangan kepada petugas media yang menunggu dalam keadaan hujan renyai.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.

Sebelum ini beberapa pihak mendesak Majlis Presiden PH memutuskan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri bagi mengekalkan perkara itu terus jadi spekulasi yang menjejaskan kestabilan politik negara.

Media sebelum ini melaporkan Dr Mahathir telah beberapa mengulangi pendirian untuk melepaskan jawatan seperti yang dijanjikan dalam konsesus PH sebelum PRU-14.

Terlalu awal untuk menjangkakan akan berlaku gerakan turun di jalanan untuk membantah tindakan Tun M oleh pasukan penyokong kuat Anwar terutama kumpulan digelar  otai reformasi 1998, tetapi tidak mustahil akan dilakukan menggunakan pihak ketiga.

PKR pun kini lebih banyak menggunakan pihak ketiga seperti menggunakan Ezam Mohd Noor untuk mengkritik Mahathir bagi pihak Anwar, supaya parti itu sendiri kelihatan bersih dan dekat dengan PH.

“Yang mengkritik Ezam, bukan PKR,” itulah kata-kata orang awam apabila melihat Ezam rancak menkritik Tun M dan Azmin sekarang.

Ketika zaman pemerintahan Paklah dan Najib, Ezam mengkritik Anwar dan mendedahkan pelbagai perkara ‘dalam kain’ Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah, kini menjadi seolah-olah jurucakap geng otai reformasi 1998.

Yang mengejutkankan juga semalam, Dr. Mahathir  mendedahkan tidak ada sebarang perbincangan berhubung melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam mesyuarat tiga jam itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.