Gabungan Agama Bukan Islam Desak Tun M Letak Jawatan, Buat PRU

Gabungan terbesar mewakili agama bukan Islam di Malaysia meminta Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum, bukannya menggunakan cara tidak demokratik dengan menubuhkan kerajaan pintu belakang.

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) turut merayu Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan pembubaran Parlimen serta mengadakan pilihan raya umum.

“MCCBCHST berjanji untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara kita yang tercinta. Sebagai rakyat yang prihatin, marilah berdoa untuk perpaduan ke arah kestabilan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia turut menggesa ahli politik meletakkan kepentingan negara mendahului kepentingan diri dan semua wakil rakyat menghormati kedaulatan undang-undang serta mandat rakyat kepada PH pada pilihan raya umum 2 tahun lalu.

Katanya, khabar angin mengenai pembentukan Pakatan Nasional mungkin untuk melindungi kepentingan diri kerana ada pemimpin yang sedang berdepan siasatan dan pendakwaan berkaitan rasuah.

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menyingkirkan DAP daripada PH yang memenangi pilihan raya umum pada Mei 2018.

Ia disusuli pertemuan pemimpin PPBM, PAS, Umno dan mereka yang bersekutu dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Penyokong Anwar Ibrahim pula mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat di kediaman presiden PKR itu di Bukit Segambut malam tadi, di mana beliau mengutuk cubaan untuk mengkhianati PH. – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.