Politik Laut Biru vs Laut Merah Berdarah

POLITIK Malaysia berasaskan persaingan di antara dua blok parti, satu parti yang mencukupi bilangan ahli dewan rakyat sebanyak 112 akan membentuk kerajaan, manakala sekumpulan lagi akan menjadi pembangkang.

Yang berenang dalam lautan wilayah kerajaan menjadikan mereka satu kumpulan yang bersahabat, manakala satu lagi kumpulan akan dianggap musuh.

Dalam wilayah sama akan dianggap baik, jujur, malaikat, hero manakala kumpulan satu lagi akan dianggap syaitan, pencuri, munafik dan jahat.

Ini berlaku secara lumrah persih seorang suami yang membenci isterinya lalu menceraikannya secara tiba-tiba akan melabelkan segala perkara buruk kepada isterinya sedangkan sebelum itu, semuanya baik dan begitulah sebaliknya.

Ketika Barisan Nasional (BN) memerintah negara sebelum 9 Mei 2018 merekalah dianggap yang terbaik dalam teropong mata mereka manakala DAP, PKR dan PAS yang dianggap musuh akan dicaci dan pelbagai tuduhan dilabelkan – rasis, penunggang agama, liberalis dan pelbagai tuduhan  buruk lain.

Begitu juga dalam teropong Pakatan Harapan (PH) ketika mereka memerintah sejak 10 Mei 2018 sehingga Isnin lalu, berapa banyak sumpah seranah diberikan  kepada pembangkang iaitu BN atau Muafakat Nasional (MN).

Rakaman ceramah dan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng membuktikan perkara ini benar-benar berlaku sepanjang sejarah politik Malaysia.

Dua blok antara gabungan parti politik itu terus wujud di negara ini seolah-olah wajib wujud sehingga kiamat seumpama wujudnya malaikat dan syaitan.

Sedangkan, citra buruk politik itu hanyalah ciptaan manusia yang boleh diubah.

Yang tak berubah  seperti wujudnya syaitan dan malaikat ialah prinsip kemanusiaan, keadilan dan kebenaran.

Membunuh dan merompak hak orang lain tanpa sebab waras merupakan perbuatan manusia syaitan, manakala tolong menolang antara sesama manusia ialah amalan terpuji manusia sejak zaman Adam hinggalah hari ini dan ia berkekalan hingga kiamat selagi wujudnya spesies manusia.

Jika jelas dengan adanya prima faci dalam melalukan jenayah, maka seseorang itu sepatutnya tidak boleh menjadi pemimpin, apa lagi bukti menunjukkan wang rakyat telah dirompak sesuka hati, malah jelas membenarkan sikap bermewah isteri hasil wang rasuah.

Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sangat memahami perkara ini berlaku dalam kotak pemikiran rata-rata rakyat negara ini, maka beliau cuba mencadangkan sesuatu di luar kotak persaingan kerana persaingan mengakibatkan pertumpahan darah emosi hingga mengganggu kekuatan pembentukan negara bangsa yang kuat.

Sesuatu idea di luar kotak selalunya sukar diterima, apa lagi bagi mereka yang ada kepentingan diri.

Tun M berfikir dan bertindak di luar kepentingan diri, bahkan beliau mahu melihat negara ini kembali menjadi kuat sebelum beliau menghembuskan nafasnya, sekurangnya-kurangnya usahanya berjaya meletakkan batu asas.

Dua Profesor iaitu W. Chan Kim dan Renee Mauborgne pada tahun 2004 telah membuat kajian terhadap 150 langkah strategik yang merangkumi lebih dari seratus tahun dan tiga puluh industri, berhujah bahawa syarikat boleh berjaya dengan mewujudkan “lautan biru” ruang pasaran yang belum dipertandingkan, bertentangan dengan “lautan merah” di mana pesaing berjuang untuk dominasi, analogi lautan yang penuh dengan persaingan kejam menjadi merah dengan darah.

Mereka menegaskan bahawa langkah-langkah strategik ini mewujudkan lonjakan nilai bagi syarikat, pembeli, dan pekerjanya semasa membuka kunci permintaan baru dan membuat persaingan tidak relevan.

Kata kunci ialah persaingan tidak relevan.

Dalam konteks politik Malaysia, lautan biru bermakna semua rakyat negara ini bersaudara dan berkasih sayang tanpa mengira sempadan agama, kaum dan ideologi politik.

Pendekatan untuk menjayakan perkara ini melalui lantikan Jemaah Menteri yang merentas parti politik semasa.

Tidak ada pembangkang?  Wajibkah dalam sistem kenegaraan mempunyai pembangkang?  Yang ada ialah mengkritik dasar yang tidak menguntungkan rakyat yang bermaksud pembangkangan masih wujud, cuma berlaku dalam kerangka persaudaraan.

Pendekatan ini lebih baik kerana semua orang berusaha untuk melihat dasar yang bagus untuk negara dan mengkritik dasar yang merugikan negara tanpa mengira parti politik.

Berlaku dalam amalan sekarang ialah apa sahaja yang dikeluarkan oleh kerajaan akan disokong sepenuhnya oleh mereka yang berada dalam wilayah parti kerajaan, manakala segala yang dikelaurkan oleh pembangkang dari kaca mata kerajaan ialh buruk.

Tun M sesungguhnya melihat persaingan parti politik sekarang dalam lautan merah berdarah, tetapi beliau ingin mengajak kepada  lautan biru berkasih sayang.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.