Quo Vadis Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad meletakkan dirinya kini dalam keadaan mempunyai beberapa pilihan untuk masa depan politiknya.

Ketika menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan, beliau selalu sahaja didesak untuk menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak hari pertama memegang jawatan itu.

Pendesak daripada PKR dan DAP begitu lantang sekali memaksa Tun M untuk berundur sehingga menganggu tugas beliau untuk memperbaiki ekonomi negara yang dirosakkan oleh pemerintah sebelum ini.

Rasional pendesak seperti Rafizi Ramli, Abdullah Sani dan Johari Sungai Petani ialah kekuatan PKR itu sendiri yang mempunyai 50 kerusi di Dewan Rakyat manakala DAP pula mempunyai 43 kerusi, dan sebaliknya Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya mempunyai 18 kerusi sahaja pada awal pilihan raya umum ke-14.

Rafizi, sebagai contoh, dengan lantangnya menyifatkan kekalahan Barisan Nasional (BN) 60 tahun bukan kerana faktor Tun M, sebaliknya kekuatan gabungan PH yang tercermin kepada kemenangan besar kerusi parti PKR dan DAP.

Melihat kepada desakan bertubi-tubi itu, dengan kemuncaknya mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat, 21 Februari, Tun M tidak dapat tidak perlu mengambil satu jalan keluar, walau apapun terjadi.

Pendesak tidak lagi sabar menunggu walaupun Tun M menyatakan akan bersedia menyerahkan jawatan kepada penggantinya selepas APEC pada November 2020.

Tun M juga tentu mendapat maklumat pada waktu itu kerana dikatakan Anwar giat melobi ahli-ahli Parlimen termasuk dari Sabah dan Sarawak untuk menyokong kepemimpinannya agar dinobatkan sesegera menjadi Perdana Menteri.

Cubaan ‘pintu belakang’ dipercayai turut berunca dari Anwar sebagaimana pernah diusahakan selepas PRU pada 2008.

Pada Isnin, 24 Februari 2020 sejarah menyaksikan Tun M meletak jawatan sebagai Perdana Menteri – kerana inilah kehendak pendesak.

Dengan serta merta juga BERSATU keluar dari PH kerana parti itu sudah macam tidak lagi dihargai oleh PH.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah orang baru dalam politik kerana kerjaya politik lebih 45 tahun sehinggakan sebelum ini menjadi Timbalan Perdana Menteri, mengambil juga peluang untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri dan takdir menyebelahi dirinya apabila pada 1 Mac 2020 diangkat sebagai Perdana Menteri ke lapan.

Tun M selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteriturut membuat beberapa komen berani termasuk menyifatkan Anwar tidak layak  hatta sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana hanya pandai bermain politik semata-mata.

Malah, Tun M menyifatkan semua kemelut politik sebahagian besar berpunca daripada sikap Anwar dan kumpulan pendesak.

Anwar juga melancarkan peluru yang sama kepada Tun M.

Dalam wawancara beliau dengan wartawan CNBC, Martin Soong, beberapa hari lalu mendakwa Dr Mahathir memungkiri janji dan mengaku beliau sekarang sudah tidak lagi percaya kepadanya.

Bagaimanakah Pakatan Harapan masih boleh bekerjasama dengan Dr Mahathir bila  Anwar, yang merupakan Presiden Pakatan Harapan, sudah tidak lagi percaya kepada Tun M?

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyatakan PH akan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri, bukan lagi Dr Mahathir.

Pilihan Tun M kini ialah menyatukan kembali BERSATU dan menjayakan hasrat lamanya agar umat Melayu bersatu padu, maknanya bergabung kembali dengan Muhyiddin.

Muhyiddin juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima Tun M dalam memperkukuhkan BERSATU.

Seandainya Tun M masih lagi mahu membawa sebahagian penyokong BERSATUNYA bergabung dengan PH, tetapi partinya akan melukut ditepi gantang sahaja.

Dalam lantikan Jemaah Menterinya, Muhyiddin sudah mengambil kira cara berfikir Tun M untuk tidak melantik Najib, Ahmad Zahid Hamidi, maka Tun M juga perlu berkompromi di sana sini untuk menjayakan kerajaan yang menyaksikan gabungan terbesar parti orang Melayu/Islam: PAS-UMNO-BERSATU.

Secara umumnya semua orang tidak mahu pencuri, perompak, perogol, peliwat atau pendosa besar lain menjadi anggota jemaah menteri.

Tun M sesungguhnya lebih dihargai dan legasinya lebih dihormati apabila berada bersama-sama dengan kerajaan baru yang berteraskan Melayu/Islam, demi sekali gus membentuk hala tuju negara bangsa yang lebih adil dan saksama untuk seluruh rakyat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.