Patriotisme Sepanjang Masa – Nordin Kardi

Judul: Patriotisme Nordin Kardi
Editor: Dr Zainudin Omar dan Kori Ariff
Penerbit: Changlun Brilliant Centre (CBC)
ISBN: 978-967-17154-1-3
Tahun: 2020
Harga: RM49

MEMBACA buku Patriotisme Nordin Kardi memperbesarkan lagi pengertian betapa patriotisme bukan hanya semangat untuk bulan Ogos sehingga 16 September sahaja, bahkan semangat kasih kepada negara mestilah sepanjang masa.

Akan tetapi sesetengah orang mengasosiasikan patriotisme dengan ketuanan Melayu dan ini tentunya menyempitkan pengertian sebenar.

Tan Sri Dr Nordin Kardi yang kini Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) memang berautoriti untuk memperkatakan tajuk patriotisme, kerana beliau pernah menerajui Biro Tatanegara (BTN) – satu agensi kerajaan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat.

Kerajaan lalu bagaimanapun memansuhkan agensi ini.

Dr Nordin pernah dituduh seorang yang aktif mengembangkan fahaman ketuanan Melayu, khususnya ketika beliau menjadi Ketua Pengarah BTN pada 1995 hingga 2005 sedangkan  yang mengenali Dr Nordin atau nama mesra dalam kalangan sahabat sebagai Pakdin, tahu betapa beliau tidak menghirup idea ketuanan Melayu dalam erti kata menjadikan hanya orang Melayu sebagai tuan di negara ini.

Bagi Pakdin, semua manusia ialah tuan.  Ini bermaksud tidak perlu wujud ‘hamba’ atau perhambaan kerana setiap orang dilahirkan bersifat merdeka.

Testimoni pelajar atau graduan India dan Cina memang selesa dan berpuas hati dengan cara Dr Nordin dalam kelas yang tidak pernah mengutarakan fahaman ketuanan Melayu.

Pakdin lazimnya memanggil nama kawan-kawan atau kakitangan pejabat sebagai ‘Tuan’, tanpa mengira kaum atau agama.  Dia menyebut nama dengan panggilan sebagai Tuan Teck Kui, Tuan Raju atau Tuan Zaki.  Malah, pemandunya disapa dengan  panggilan ‘Tuan Sufian’ ketika menjadi Naib Canselor UUM atau pemandunya ‘Tuan Amin’ ketika menjadi Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN).

Tiada masalah jika konsep ketuanan Melayu itu diertikan sebagai Raja Melayu sebagai tuan kerana ia bersesuaian dengan Perlembagaan Negara.   Dalam artikel ‘Lex Loci Bumi Malaysia’, Dr Nordin menjelaskan secara terperinci mengenai kaitan Raja-Raja Melayu dengan negara.

Buku Patriotisme Nordin Kardi ini merupakan koleksi tulisan, ucapan, temu bual dan ceramah yang dikumpul di pelbagai tempat yang menyentuh empat komponen negara termasuk hal berkaitan wilayah, rakyat, pemerintah dan kedaulatan.  Banyak lagi artikel berkaitan ini yang belum dijumpai.

Dalam Bab Ketiga buku ini di bawah tajuk ‘Intelek-tua dan Kuasa’ menjadi tulisan terawal yang diambil dari Buletin Kelab Pelajar United Kingdom dan Eire pada tahun 1992.   Yang terbaru yang dimasukkan dalam buku ini ialah tulisan dalam facebooknya bertajuk ‘Patriotisme Berperlembagaan’ yang ditulis pada 28 Julai 2020.  Setiap artikel diletakkan nota di akhir atau di awal yang menyatakan tarikh dan sumbernya supaya artikel itu dapat difahami dalam konteks masa.

Ketika proses pengumpulan ini dibuat terhadap beberapa artikel yang tersiar di Utusan Malaysia, artikel berkenaan sudah hilang dari arkib alam maya kerana penutupan operasi Syarikat Utusan Melayu, yang bersama-samanya tertutup lah juga portal akhbar berkenaan.

Ini menunjukkan simpanan dalam Internet juga tidak selamat dan tersimpan selam-lamanya.  Tulisan berbentuk buku seperti inilah yang boleh disimpan sehingga beribu tahun akan datang.  Inilah salah satu sebab buku ini diterbitkan.

Buku ini dibahagikan kepada lima bab yang dimulakan dengan Bab 1 yang menyentuh ‘teori’ patriotisme, nasionalisme dan kaitan dengan negara.  Bab 2 pula menghuraikan masalah dan penawar untuk kekuatan bangsa Malaysia.  Bab 3 dan Bab 4 menyentuh isu-isu kenegaraan yang berbangkit  dari semasa ke semasa serta aspek penting patriotisme iaitu kepemimpinan. Organisasi yang tidak boleh dipisahkan dengan patriotisme ialah Biro Tatanegara (BTN), walaupun badan ini sudah dijumudkan.

Oleh sebab Dr  Nordin selalu diasosiasikan  dengan BTN, apa lagi beliau menjadi Ketua Pengarah BTN sejak 1999 hingga 2005, maka Bab 5 memberi fokus mengenai agensi ini.  Buku ini ditutup dengan satu ucapan terakhir Dr Nordin kepada kakitangan BTN kerana pada pertengahan tahun 2005, Dr Nordin dilantik pula sebagai Naib Canselor UUM.  Tajuk ucapan itu menjadi sumber motivasi kepada semua orang supaya menjadi pelajar seumur hidup, dengan tajuk ‘Belajar Terus Belajar’.

Buku ini sesuai dibaca semua peringkat masyarakat yang sayangkan negara, walaupun tajuk awal dimulakan dengan sedikit ilmiah.

Dengan terbitnya buku ini maka para pembaca boleh membuka selak-selak di sebalik idea-idea yang selama ini kabur dan disalah tafsir seumpama idea ketuanan Melayu.

Pembaca boleh membaca secara kronologi dari Bab 1 hingga penutup atau memilih sahaja artikel yang disukai dalam lima bab berkenaan pada satu masa, dan membaca artikel lain ketika lapang.  Atau, bagi sesiapa yang mahu membaca sambil santai boleh mulakan dengan puisi di muka surat akhir buku ini.

Mereka yang ingin memiliki buku berkenaan boleh mengubungi atau whatsapp penerbit melalui nombor 017- 4708702.

Kredit: Utusan Malaysia, ruangan Resensi Buku pada 18 September 2020

Tamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.