Umno Hancur, Atau Zahid Wajib Tinggalkan UMNO

Hanya dua pilihan rasional yang ada kini sama ada membiarkan UMNO, sebuah pertubuhan membela anak bangsa Malaysia sejak merdeka, hancur tidak bermaya kerana himpitan keadaan semasa atau Presiden UMNO mengundur diri.

Kebanyakan pembesar UMNO yang terdidik dalam kolam kemewahan termasuk ingatan membawa pulang kira-kira RM20,000 tunai dalam sebuah beg setiap kali berkunjung ke Putrajaya, masih yakin perkara ini akan berulang sebaik sahaja pilihan raya ke-15.

Pengalaman sebaik sahaja PRU-14 pada 10 Mei 2018 sudah dilupakan.

Sedangkan, politik merupakan seni tipu daya yang akan mengulangi sejarah itu jika tiada perubahan dilakukan sama ada secara truktural ataupun berbentuk horizontal, dan UMNO setakat ini tidak memperlihatkan mahu berubah kepada yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

Suara-suara mahukan Ahmad Zahid berundur untuk menghakis klustek mahkamah yang bertepek pada imej UMNO kini dianggap oleh penyokong tegar Presiden sebagai usaha untuk menjahanamkan UMNO.

Dalam struktur UMNO sekarang memanglah Ahmad Zahid boleh mengekalkan kedudukannya, tetapi untuk memastikan UMNO memenangi sejumlah kerusi yang munasabah pada PRU-15 kelihatan sangat tipis.

Dilema semasa sangat jelas, UMNO tidak mahu bekerjasama dengan BERSATU dan hanya mahu bekerjasama dengan PAS, sedangkan PAS mahu bersama dalam Pakatan Nasional yang terdiri dari lebih 10 parti.

Bolehkah UMNO bersama MIC dan MCA untuk menjadi kerajaan?  Atau, mungkinkah UMNO mahu bersama dengan DAP atau PKR dan membiarkan PKR atau DAP mengambil calom mereka sebagai Perdana Menteri?

Sudahlah dalam tiga juta ahli UMNO mempunyai pelbagai pandangan terhadap Presiden kini yang tidak semesti memberikan undi kepada calon parti berkenaan, bahkan juga terdapat banyak lagi pengundi yang di luar pagar UMNO yang akan terus menghukummparti berkenaan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika memegang jawatan Presiden UMNO pada pilihan raya tahun 2008 boleh terus mengekalkan jawatan itu sekali gus sebagai Perdana Menteri, jika beliau mahu kerana mempunyai pelbagai kekuatan senjata sebagai PM.

Tetapi, demi untuk memastikan UMNO sebagai sebuah institusi terus kukuh, maka beliau meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, meskipun penyokong Paklah mendesak Paklah untuk mengekalkan jawatan berkenaan.

Ini jelas memperlihatkan perbezaan nyata antara seorang pemimpin sejati dengan pemimpin yang mempunyai kepentingan diri melebihi kepentingan parti.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.