Lantik Muhyiddin Sebagai Presiden UMNO

KEMELUT politik di antara BERSATU pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan UMNO pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan menemui cahaya gelap di hujung terowong PRU-15.

Masih-masing kabilah mempunyai hujah kuat menyatakan parti merekalah yang patut dominan dan sekali gus memegang jawatan Perdana Menteri.

UMNO yang sudah biasa memegang tampuk pemerintahan sejak 60 tahun lalu, masih yakin mereka dapat mengemabalikan kuasa berkenaan jika PRU-15 diadakah walaupun sejarah mencatatkan PRU-14 pada Mei 2018 telah meletakkan parti itu tersungkur sebagai pembangkang.

Organisasi UMNO masih dikuasai Ketua Bahagian di peringkat negeri dan kebetulan Ketua Bahagian masih lagi berkiblat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid, maka sukar untuk sesiapa yang mahu menumbangkan kedudukan mereka berdua.

Kebanyakan ahli UMNO masih merasakan ‘cash is king” dan tidak sedikit Najib dan Zahid memperkayakan sebahagian besar ketua bahagian dan G7, dan di mata mereka Bajib dan Zahid adalah pemimpin suci dari sebarang kes rasuah, seumpama kebanyakan akar umbi sebuah parti yang ketuanya disabitkan kes liwat di mahkamah tetapi ahli-ahli tetap menyokongnya..

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan 87 pertuduhan melibatkan pecah amanah, pengubahan wang, dan menerima rasuah.

Beliau berdepan pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuan untuk pelbagai projek semasa menjadi menteri dalam negeri.

Justeru, Ahmad Zahid seeloknya berundur dan memberi tumpuan kepada usaha membersihkan dirinya di mahkamah, sekali gus memberi laluan kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan memangku tugasnya.
Atau, untuk memulihkan parti UMNO sebagai parti berwibawa, kembalikan Muhyiddin dalam UMNO dan seterusnya memberi laluan kepadanya untuk memegang jawatan Presiden, sekali gus Perdana Menteri melalui jalan halal seperti melalui perhimpunan agung khas.
Seumur hidup Muhyiddin dan darah mengalir dalam dirinya ialah merah UMNO.
Jika ini berlaku, tidak lagi perlu pergaduhan berebut kerusi di antara BERSATU dengan UMNO, dan semuanya akan kembali dalam satu kawah ideologi yang sama.
Lebih 45 tahun Muhyiddin dalam UMNO bermula 1971 apabila dilantik sebagai Bendahari UMNO Muar/Pagoh ketika itu ramai anak-anak muda hari ini belum mengenali lagi UMNO.
Berbanding dengan keahliannya sebagai Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  hanyalah bermula 2016 apabila dibuang daripada UMNO ketika sudah menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO.

 

UMNO mendapat faedah jika Muhyiddin jadi Presiden dan Perdana Menteri berbanding kekalnya Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU.

Begitupun, ianya tidaklah perlu tergesa-gesa kerana pelbagai perkara urgent perlu dilaksanakan Perdana Menteri kini seperti terpaksa menyusun barisan Kabinet dan menentukan hala tuju negara. selain akan berhadapan dengan persidangan Dewan Rakyat.

Dari segi ideologi, tidaklah jauh berbeza di antara UMNO dan BERSATU kerana yang bermasalah kepada UMNO hanyalah kerana beberapa pemimpinnya terpalit dengan dakwaan jenayah rasuah.

Kebanyakan ahli-ahli BERSATU ialah bekas-bekas pemimpin UMNO, kecuali beberapa kerat yang baru mengenali parti politik.

Berikut disertakan biodata ringkas PM-8:

Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman

Anak: 4 orang

Tarikh Lahir: 15 Mei 1947

Tempat lahir: Muar, Joho

Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

• 1970 – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)

• 1971 – Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh

• 1974 – Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor

• 1978 – Ahli Parlimen Pagoh.

• 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh

• 1986 – Menteri Besar Johor ke-13

• 1985 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO

• 1993 – Menang Naib Presiden UMNO

• 1996 – Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO

• 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 – Menteri Belia dan Sukan

• 2000 – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.

• 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

• 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

• 19 Mac 2008 – 9 April 2009 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO

• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

• 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 – Menteri Pelajaran

• 2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

• 10 April 2009 – Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

• 2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

• Jun 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.

• September 2016 – Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.

• 13 Julai 2017 – Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.

• 22 Ogos 2017 – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor

• 2018 – Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri

• 29 Februari 2020 – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.