Hidup Berbeza

 

Tidak ada seorang pun umat manusia di atas muka bumi ini serba-serbi sama. 100% sama. Ini fakta.

Dalam hidup awak, dalam perbualan harian awak, awak mungkin pernah dengar kata-kata macam ni.

“Dia tu lain sikit. Tak sama dengan orang.”

Kalau dalam drama TV akan muncul dua watak perempuan sosek-sosek menuturkan kata-kata di atas. Atau jika watak itu seorang lelaki, pelakon Mustapha Kamal misalnya, sebaik habis dia menyebut kata-kata itu dia akan mengakhirinya dengan nada keluh.

Dalam satu slot drama TV, berdurasi 40-45 minit, Mustapha Kamal akan mengakhiri skripnya dengan mengeluh sampai tak terkira bilangannya. Pernah tak awak perasan?

Ini suatu pemandangan yang mungkin hanya unik di Malaysia. Mengeluh sudah menjadi satu trademark pelakon drama TV. Termasuk pelakon-pelakon yang masih muda belia. Mereka tarik nafas panjang sikit dan mengeluh. Dengan memek muka yang konon-kononnya mereka itu lebih matang, lebih mengerti persoalan hidup berbanding orang lain.

Ya mungkin itulah kehendak skrip yang ada di tangan mereka. Atau itu adalah kehendak sutradara. Atau itu adalah penghayatan si pelakon itu sendiri. Ketiga-tiganya berkemungkinan.

“Dia tu lain sikit, tak sama dengan orang. Huuuhh.”

Bila suara mengeluh keluar di hujung kata-kata di atas, ia menunjukkan si pelaku (penutur tadi) melihat orang lain yang hidup berbeza itu adalah suatu perkara yang tidak diingini. Jadi sebagai ekspresinya, dia pun mengeluh.

Bagaimana misalnya, orang lain yang hidup berbeza itu, yang menjadi sumber keluhan pemerhati atau sumber keluhan teman-taulannya, tidak pun ada apa-apa isu dengan kehidupan berbeza yang dia bawa?

Jika begitu pihak manakah yang sebenarnya isu? Si pemerhati yang mengeluh, atau si dia yang membawa hidup berbeza?

Jawapannya terang. Isunya di sini jatuh kepada pihak si pemerhati yang mengeluh yang tidak mampu terbuka melihat kehidupan yang berbeza.

Bagi yang membawa hidup berbeza, katalah sampel mereka itu dari kumpulan yang sedang meniti remaja, maka keluhan-keluhan dari orang tua sekeliling seperti pelakon Mustapha Kamal di atas tadi boleh memberi kesan terhadap proses pertumbuhan dan perkembangan hidup mereka.

Mother Teresa (1910-1997) berkata:

“We think sometimes that poverty is only being hungry, naked and homeless. The poverty of being unwanted, unloved and uncared for is the greatest poverty.”

Dalam kes yang kritikal, mereka boleh dilanda konflik. Mereka akan mengalami kemurungan. Pertanyaan-pertanyaan di bawah boleh sentiasa muncul dalam diri mereka.

Kenapa diri aku berbeza? Kenapa tak sama dengan orang lain? Dan ada yang sampai menyalahkan kejadian. Menyalahkan Tuhan misalnya.

Bertrand Russel (1872-1970) dalam menyentuh sisi hidup yang berkaitan dengan fikiran yang tidak sama, yang lari dari kelaziman-kelaziman ada meyebut:

“Do not fear to be eccentric in opinion, for every opinion now accepted was once eccentric.”

Dan kata-kata dari Oscar Wilde (1854-1900) pula sangat progresif untuk mereka yang membawa hidup berbeza.

“Be yourself. Everyone else is already taken.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.