Signal Apabila Daim Bercakap

PERCAYALAH….kebanyakan pucuk pimpinan tertinggi UMNO  percaya jika mereka meletakkan 120 calon dalam pilihan raya umum ke-15 nanti, mereka akan memenangi sekurang-kurangnya 110.

Rata-rata pimpinan UMNO di akar umbi percaya UMNO akan mengambil kebali jawatan Perdana Menteri dan parti itu akan menjadi tulang belakang kerajaan yang kuat, seperti mana terdahulu, seolah-olah kekalahan dalam PRU-14 hanya berlaku dalam khayalan.

Kepercayan sedemikian rupa ditolak oleh pemerhati  tajam terhadap suhu politik negara seperti Tun Daim Zainuddin.

Sejak PRU-14, UMNO masih kelihatan kekal dengan cara lama dan kebanyakan ketua bahagian  masih dibuai kemewahan, dan masih lagi bercita-cita untuk meningkatkan lagi kekayaan.

Masihkah ada Ketua Bahagian UMNO kini yang bukan jutawan?

Meskipun tidaklah berdosa menjadi jutawan tetapi ianya memperlihatkan struktur parti politik UMNO tidak memungkinkan yang bukan jutawan untuk menjadi Ketua Bahagian.

Ini bermakna perubahan drastik diperlukan untuk memudakan kembali UMNO dengan idea baru atau idea yang boleh menarik minat rakyat untuk melihat UMNO sebagai parti yang benar memperjuangan kepentingan agama bangsa.

Tun Daim telah memberikan swedikit gambaran betapa perlunya perubahan jika UMNO mahu terus kekal releven dengan politik semasa negara, apa lagi ketika masa semakin hampir dengan PRU-15.

Dalam wawancara dengan FMT, Daim menyifatkan Umno sebagai tidak lagi mampu menarik sokongan majoriti rakyat kerana sarat dengan ‘warlord’ (panglima perang) yang beranggapan mereka masih menerajui negara.

Daim berkata ramai pemimpin Umno ‘tidak belajar dari sejarah’ dan gagal menawarkan sebarang kepimpinan bermakna untuk kebaikan rakyat. “Mereka masih bertindak seolah-olah mereka ‘warlord’ yang menguruskan negara,

” Daim berkata agenda pemimpin sedemikian hanya tertumpu kepada pemeliharaan diri dan “rakyat cukup matang untuk mengenali pemimpin seperti ini.”

“(Justeru), pada masa sekarang, Umno, sebagai sebuah parti, tidak lagi menjadi tarikan kepada majoriti rakyat negara ini,” Daim memberitahu FMT.

Daim menolak keyakinan dalam kalangan pucuk pimpinan Umno bahawa parti itu mampu memenangi pilihan raya umum jika diadakan sekarang.

“Mungkin Umno boleh memperbaiki pencapaiannya berbanding PRU lalu, tetapi apakah ia mampu memenangi jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan secara sendiri? Saya fikir tidak,” kata Daim.

Bekas menteri kewangan itu mengulas tindakan sebilangan pemimpin Umno yang dilaporkan menarik balik sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional bagi mencetuskan pilihan raya umum.

Sebilangan besar Umno bahagian mahu parti itu menamatkan kerjasama dengan PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin dalam menghadapi PRU-15.

Bagaimanapun, pada masa sama, akar umbi parti mahu Umno memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, iaitu sekutu utama PPBM.

Daim, berkata Umno ‘silap’ memikirkan ia lebih kuat berbanding PAS dan PPBM dalam ‘perang’ untuk memperolehi sokongan pengundi Melayu.

“Malah (Umno) memikirkan ia parti politik paling kuat di negara ketika ini. Tetapi pandangan ini berasaskan apa?

“Ia sebenarnya cuma untuk berlagak (posturing), dan (mahu) berlagak, malah berlagak dalam kalangan mereka yang dikatakan sekutu politiknya, kata Daim.
Beliau menyifatkan Umno sebagai parti yang berpecah belah ketika ini, khususnya dalam isu kerjasama dengan PPBM untuk mencetuskan PRU.

Beliau berkata desakan untuk parti itu memutuskan hubungan dengan PPBM supaya PRU diadakan segera bukan berlandaskan kepentingan rakyat.

“Hujah yang diberi (pemimpin Umno) tidak ada kena mengenai dengan soal kebajikan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.