PRU-15 Tidak Selesaikan Kemelut Politik

Oleh Rahimi Ramli

RAKYAT jelata masih ingat betapa ketika sebelum pilihan raya umum ke-14, harga barang-barangan harian semakin meningkat dan rakyat agak menderita waktu itu.

Pada 9 Mei 2018, kebanyakan mereka menyimpan harapan untuk sebuah pemerintahan yang agak baik, telus dan berintegriti, maka mereka memilih gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) sehingga tumbanglah pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama kurang lebih 60 tahun.

Begitupun, kegembiraan tidak lama kerana PH memerintah tanpa berjaya mengurangkan harga barang malah harga  barangan termasuk ayam dan harga minyak semakin meningkat.

Rakyat marah kepada PH.

Bagi kebanyakan orang Melayu, pemerintahan PH ialah  pemerintahan DAP sehingga segala dasar DAP boleh dilaksanakan di semua peringkat, hatta memberikan wang negara kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina yang merupakan sekolah swasta yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

DAP mempunyai bilangan kerusi yang paling banyak di kalangan parti yang membentuk PH menyebabkan mereka berupaya menjadi Menteri Kewangan, sebuah kementerian kanan yang menentukan hala tuju khazanah wang negara.

Ditakdirkan PH tidak kekal lama walaupun gabungan itu pada mulanya mampu membentuk kerajaan yang agak kuat dengan kerusi keseluruhan sehingga 130 kerusi, sedangkan majoriti mudah hanyalah 112 kerusi sahaja.

Jika kekal lebih 22 bulan pun, PH akan mengalami nasib yang sangat buruk kerana orang ramai makin marah dengan dasar mirip DAP.

Dasar DAP kelihatan memberi untung  kepada kaum yang menguasai ekonomi negara, sedangkan tahap ekonomi Bumiputera berada jauh ke bawah.

Perundangan negara juga kelihatan memihak kepada DAP kerana pegyuam negara waktu itu, Tommy Thomas merupakan peguam kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.  Malah, ramai melihat ketika Guan Eng dibebaskan atas tuduhan rasuah membeli banglo, kerana hubungan rapatnya dengan Tommy Tommas.

Dengan munculnya pandemik Covid-19 dam berlaku pertukaran regim kepada Perikatan Nasional (PN), rakyat yang tadi menderita merasa sedikit kelegaan, apa lagi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama yang memberikan mereka pendapatan lebih kerana moratorium dan insentif lain dari kerajaan.

Nama Tan Sri Muhyiddin Yassin agak harum kerana langkah merakyat yang dikemukakan oleh pasukan Tan Sri Muhyiddin.

Kekuatan negara juga pada peringkat awal pemerintahan PH agak baik tetapi kemudiannya berubah apabila berlaku pertembungan antara pemimpin Melayu dalam UMNO dengan pemimpin BERSATU.  PAS berada di tengah-tengah, dan kini kelihatan memihak kepada BERSATU.

PRU-15 nanti yang dijangka sekitar bulan Mei/Jun nanti  akan menghasilkan kerajaan yang hampir sama dalam PRU-14 iaitu kerajaan yang tidak mempunyai tulang belakang yang kuat.

DAP sesungguhnya tidak boleh menjadi tulang belakang yang kuat walaupun ianya berlaku dalam PRU-14 kerana Malaysia yang kuat mestilah berteraskan Bumiputera sebagai parti yang menjadi tulang-belakang.

Ini kerana Bumiputera menjadi teras kepada pembentukan negara bangsa dengan populasi sekitar 70 peratus berbanding Cina (20 peratus), India (5 Peratus) dan kaum lain selebihnya.

Pemerhati politik menjangkakan tiada parti akan membentuk tulang belakang yang kuat jika berlaku pertembungan tiga penjuru – PN, PH dan BN.

Ini bermakna pilihan raya tidak memberi penyelesaian kepada kemulut politik kini.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.