DILEMA BERKETUAKAN ZAHID HAMIDI

Saudara Pengarang,

Tidak ada ahli setia parti politik ingin melihat kejatuhan partinya atau kalah dalam pilihan raya, dan sekali gus gagal membentuk kerajaan, apa lagi parti keramat Umno telah menjadi parti tulang belakang kerajaan tidak kurang 60 tahun.

Dalam pilihanraya umum ke-14 pada Mei 2018, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah membawa parti keramat ini jatuh tersungkur kerana membawa beban isu terlalu banyak waktu itu – kenaikan harga barang berterusan, kenaikan harga minyak, memperkenalkan GST, 1MDB dan beban imej Datin Seri Rosmah Mansor.

Saya penyokong totok Umno di Kedah tidak pernah memangkah parti lain selain Umno walaupun sebesar mana pergolakan  yang berlaku kepada parti, dan terus mempertahankan pelbagai isu pada waktu itu, tetapi sejarah menyaksikan Umno tersungkur.

Walaupun sudah terdetik di naluri betapa bagusnya jika Najib berundur pada waktu tercetusnya konflik 1MDB kerana kebanyakan orang Melayu di akar umbi masih sayangkan Umno, tetapi pucuk pimpinan memilih kaedah untuk melawan dan menyingkirkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin waktu itu.

Pucuk pimpinan Umno selalu percaya parti itu parti kuat dan tidak pernah tumbang sejak merdeka, maka akan berterusan di PRU-14 yang ternyata sejarah tidak memihak kepada status-quo, sebaliknya memihak kepada janji harapan Pakatan Harapan waktu itu.

Naluri kecil saya berkata Umno akan menemui kegagalan sekali lagi jika tidak melakukan perubahan drastik terhadap pucuk pimpinan kini, yang tercalar dengan pelbagai isu rasuah.

Baik Najib mahupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seorang yang sangat baik dengan akar umbi dan selalunya tidak kedekut mengisi poket di peringkat akar umbi, tetapi beban kes-kes mereka tidak tertanggung.

Bebanan imej mereka terlalu besar kepada parti politik Umno yang tak berdosa. Jika dalam bisnes, keadaan ini boleh lah disamakan dengan liabiliti hutang piutang jauh lebih besar berbanding untung yang mampu dijana.

Keadaan hari ini sangat berbeza, bukan sebab Umno tak menjadi kerajaan semata-mata tetapi tidak  pernah dalam sejarah Umno, Presidennya seorang yg amat lemah.

Selain berdepan lebih 40 kes mahkamah beliau juga sanggup mengheret Umno ke dalam masalah peribadi, sedangkan mana-mana pemimpin berintegriti tinggi akan mendahului parti berbanding peribadi

Justeru, suka saya mencadangkan agar Datuk Seri Ahmad Zahid mengambil cuti sekali lagi sehingga kes yang dihadapi beliau boleh diselesaikan tanpa mengheret parti keramat itu.

Sekiranya beliau hebat, ini lah masa utk melihat kekuatan dirinya secara individual, dan memastikan Umno terus mampu memayungi seantero Bumiputera dan rakyat keseluruhan.

Ahmad Zahid telah buktikan beliau mampu sewaktu bercuti sebagai bekas ketua pemuda Umno dulu dan menyerahkan pucuk pimpinan kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Beliau juga pernah mengambil cuti enam bulan dan menyerahkan tugas-tugas parti kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Umno waktu itu kelihatan hidup dan bergerak laju ke hadapan sehingga dapat menjatuhkan calon-calon parti pemerintah dalam pilihanraya kecil.

Sekiranya beliau berani mengambil tindakan begitu sebahagian dilema ahli-ahli Umno termasuk saya akan selesai dan Umno mampu bergerak ke hadapan untuk mencipta sejarah baru.

Ahli Totok Umno Pendang

***surat pembaca ini dihantar kepada penyusakti dan penulis tidak mahu  namanya disiarkan keranakhuatir diambiltindakanoleh Ketua Bahagiannya yang pro-Zahid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.