Tiada Perpaduan Selagi Wujud Sekolah Cina, Tamil, Melayu


BUKAN andaian lagi jika DAP memerintah negara akan memperkasakan semua sekolah Cina di negara ini kerana selama 22 bulan menjadi Menteri Kewangan, parti itu telah meluluskan berjuta-juta peruntukan kepada sekolah Cina.

Sekolah Menengah Persendirian Cina yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum negara Taiwan, dicurahkan peruntukan dalam Bajet negara kepada sekolah berkenaan ketika Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

Baru-baru ini, Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kementerian Pendidikan Tinggi di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berkata penubuhan sekolah vernakular adalah komponen dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah British suatu ketika dahulu.

Ini kerana British ketika itu tidak mahu wujud integrasi antara orang Melayu dengan kaum lain bagi memelihara kuasanya (British).

“Kewujudan sekolah vernakular ketika itu dikatakan untuk memelihara identiti orang Cina atau India, tetapi matlamat sebenarnya adalah lain.”

“Antara hasrat dasar pentadbiran British ketika itu mahukan lepasan sekolah vernakular menjadi orang suruhan seperti mata-mata dan pekerja mereka,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam Wacana Konflik Antara Keperluan dan Kemahuan: Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular Dalam Negara Bangsa di Alam Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara itu Profesor Dato’ Teo Kok Seong pula berkata, sekolah vernakular sekarang bukan aliran nasional tetapi hanya mempunyai ciri nasional sahaja. Tambah beliau lagi, dalam sudut nasional juga sekolah vernakular tidak setanding dengan sekolah kebangsaan dan tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk negara bangsa.

“Saya ambil contoh impak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dapat dilihat hari ini dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia, mereka bersifat etnosentrik.” “Mereka tidak mampu berbahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dengan baik melainkan bahasa Mandarin sahaja.”

“Selain itu, mereka juga hidup dalam dunia sendiri dan bergaul dalam kalangan mereka sahaja termasuklah membaca akhbar dan menonton rancangan televisyen berbahasa Mandarin.”

Sehubungan itu, Profesor Dato’ Teo mencadangkan supaya struktur semua sekolah termasuk sekolah agama disatukan dalam satu aliran, sementara bahasa ibunda setiap etnik dijadikan komponen dalam pendidikan untuk memelihara warisan setiap kaum. Wacana anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM itu turut disertai Pensyarah Institut Kajian Etnik (Kita) UKM, Profesor Dato’ Dr Teo Kok Seong dan Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron sebagai ahli panel, manakala Pengarah ATMA, Profesor Dr Supyan Hussain sebagai pemudah cara.

Ketua 1 Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali Hanafiah berkata, sepatutnya sekolah vernakular tidak lagi wujud pada zaman ini kerana menjadi penyebab jurang antara kaum di negara ini.

Sumber: Menara.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.